Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Khasiat B-Complex Untuk Kesihatan

Khasiat B-Complex Untuk Kesihatan

Tahukah anda bahawa B-Complex merupakan kumpulan vitamin yang sangat penting dalam kehidupan seharian? Tahukah anda Khasiat B-Complex Shaklee kepada ibu mengandung?

Umumnya, apabila ibu mengandung membuat pemeriksaan kesihatan kandungan di klinik kesihatan, si ibu akan diberikan beberapa vitamin, termasuklah Vitamin B-Complex dan asid folik, dalam tablet yang berlainan, bukan?

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa kandungan B-Complex itu sebenarnya tidak mencakupi 8 kumpulan B yang utama.

Khasiat B-Complex

Dapat subsidi secara PERCUMA pun sudah cukup baik, daripada tidak dapat langsung khasiat B-Complex, bukan? Alhamdulillah…

Dan, saya sangat-sangat ingin sarankan ibu-ibu yang mengandung, terutama sekali yang menghidap diabetes, agar sekurang-kurangnya tidak skip pengambilan B-Complex ini yaa.

Mari kita baca serba sedikit tentang fungsi, kepentingan dan kesan akibat dari kekurangan B-Complex pada setiap individu.

 

Fungsi B-Complex:-

  • “B” for beauty – True beauty radiates from within. *wink*
  • Peranan Utama – membantu dalam pengeluaran Tenaga.
  • Membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein.
  • Anti stress (sebagai penenang).
  • Membantu meninggikan sistem pertahanan badan.
  • Mengurangkan risiko kecacatan kelahiran seperti kecacatan otak dan kecacatan saraf tunjang.
  • Asid Folik, B6 dan B12 membantu merendahkan paras homosisteina dalam darah.
  • Perlu bagi urat saraf (essential to initiate nerve transmission).
  • Vitamin B-12 (mecobalamin) bantu mencegah dan menumbuhkan semula jalinan saraf yang rosak – komplikasi biasa bagi mereka yang menghidap diabetes.


Punca kemusnahan B-Complex :-

  1. Jenis larut air – perlu sentiasa di ganti.
  2. Boleh musnah oleh matahari/ heat/haba – proses memasak.
  3. Makan banyak gula boleh menghabiskan Vitamin B-Complex.
    Eg;Satu botol Coca-cola perlu 5 kali vitamin B untuk menukarkan Coca-Cola ke bentuk tenaga.
  4. Alkohol boleh memusnahkan simpanan Vitamin B-Complex.
  5. Stress – tekanan mental dan fizikal musnahkan Vitamin B-Complex.
  6. Kegunaan anti-biotik, pil penenang perasaan, pil tidur dan racun serangga memusnahkan Vitamin B-Complex.
  7. Pil perancang meningkatkan keperluan Vitamin B-Complex.

 

Bagaimana pula dengan kandungan Shaklee B-Complex?

Shaklee B-Complex dilengkapi dengan asid folik. Maka, ibu mengandung hanya perlu makan satu biji tablet B-Complex sahaja untuk mendapatkan khasiat kedua-duanya.

Dan, disarankan agar si ibu meneruskan pengambilan B-Complex ini setelah melahirkan cahaya mata nanti kerana, ianya boleh membantu menenangkan si ibu di dalam pantang (confinement), lalu mengelakkan “meroyan”.

Selain itu, melalui penyusuan susu ibu, khasiat B-Complex ini juga akan dapat dinikmati oleh si manja, pada kadar yang berpatutan.


Kandungan B-Complex Shaklee:

B-Complex

B1 : Thiamin B2 : Riboflavin B3 : Niacin B5 : Panthothenic acid B6 : Pyridoxine B7 : Biotin B9 : Folic Acid B12 : Cyanocobalamin


Kesan kekurangan B-Complex akan menyebabkan :-

  • Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
  • Kegelisahan, gangguan tidur.
  • Beriberi, iaitu sejenis penyakit “metabolic disorder” dengan gejala seperti bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
  • Sakit pada bahagian abdomen.
  • Sembelit.
  • Gangguan mental atau emosi.
  • Pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.