Hukum Hadis Tentang Berniaga dan Rezeki

Hukum Hadis Tentang Berniaga dan Rezeki

Terdapat sebuah hadis tentang berniaga yang sering digunakan bagi menggalakkan masyarakat Islam menceburi bidang perniagaan. Hadis tersebut dicatatkan oleh Imam al Ghazali (w. 505H) di dalam kitabnya yang terkenal, Ihya’ ‘Ulumiddin.

Hadis Tentang Berniaga

Palestinians shop in a market ahead of the Muslim fasting month of Ramadan in Khan Younis in the southern of Gaza Strip June 5, 2016. REUTERS/Ibraheem Abu Mustafa

 

Beliau pula hanya menukilkannya daripada kitab Qut Al Qulub oleh Abu Talib al Makki (w. 386H). Hadisnya berbunyi :

عليكم بالتجارة فإن فيها تسعة اعشار الرزق

“Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah dalam perniagaan”

Soalan : Adakah hadith tersebut tidak dapat diamalkan?

Jawapan : Tidak tepat jika ada yang mengatakan ia hadis palsu kerana hadith tersebut sama ada dhaif atau hasan sepertimana menurut al Hafiz as Suyuti. Maka tidak salah jika ia diamalkan, terutama dalam bab motivasi.

Agama Islam memang menggalakkan perniagaan. Bahkan Nabi sallaLlahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah berniaga semasa mudanya dan para Sahabat juga ramai yang menceburi bidang ini (lihat misalnya, buku Fadhilat Tijarah oleh Maulana Syeikh Muhammad Zakariyya al Kandahlawi).

Alhamdulillah, ramai yang telah termotivasi dengan hadith tersebut sehingga berjaya dalam perniagaan mereka.

Maksudnya juga benar kerana banyak rezeki yang diperoleh dengan perniagaan dan ia mampu menjana kekuatan ekonomi umat Islam. Malah jika difikirkan, kebanyakan bidang pekerjaan seperti penternakan, pertanian, pertukangan dan sebagainya akan berakhir dengan urusan jual beli juga bagi mendapatkan hasil keuntuntan. Wallahua’lam.

Sumber : Majalah Q& A m/s 77-78, Januari 2013, Galeri Ilmu Sdn Bhd, Selangor

Perbincangan lanjut boleh baca DI SINI.