Shaklee Offer

Hidup Di Dunia Kena Cari 3 Perkara

Hidup Di Dunia Kena Cari 3 Perkara

Hari-hari Ramadhan ni mari kita menambah ilmu sikit. Hidup Di Dunia Kena Cari 3 Perkara.

 

Hidup Di Dunia Kena Cari 3 Perkara

Kenapa nak sampaikan tazkirah sampai tulisan berpusing-pusing? SEBAB kalau tulisan tegak pun korang tak ambik pusing pun…. Nak dapat ilmu kena usaha sikit. Sikit jer.Tazkirah nie saya dapat dari Ustaz Hanafiah di Surau Ibnu Sina, Bandar Putra. Dia kata lebih kurang macam nie lah

“Kita hidup kat dunia nie kena cari 3 perkara. Satu, carilah rahmat Allah. Dua, carilah maghfirah Allah (keampunan dari dari Allah).  Tiga, carilah jaminan kebebasan dari api neraka.”

Kalau dapat cari 3 perkara ni kat dunia, In-Sha-Allah dunia tidak akan menghampakan kita.

Nak cari rahmat Allah pulak kenalah rajin pergi tempat yang rahmat banyak turun. Kat mana? Kat rumah Allah. Kat surau, kat masjid dan kat majlis-majlis ilmu (yang memberi manfaat).

Siapalah kita mengharapkan Allah hantar rahmat kat rumah tanpa kita susah payah. Nak rahmat kena usaha, kena cari.

Nak cari keampunan dari Allah, kenalah rajin bangun malam-malam. Solat tahajjud, solat taubat. Dan waktulah tulah juga doa senang dimakbulkan. Nak jaminan bebas dari api neraka? Kena jaga solat 5 waktu yer kawan-kawan. Itu janji Allah. Allahuakbar.

Tahukah korang?

Hadis di bulan ramadhan yang selalu kita dengar:

” Bulan Ramadhan, awalnya rahmah, tengah-tengahnya maghfirah dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka.”

merupakan hadis dhoif.  Perbahasannya boleh baca kat sini.

Wallahu a’lam.