Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hebatnya Instinct Seorang Ayah

Hebatnya Instinct Seorang Ayah

Dulu masa kecik-kecik, bapak selalu cakap, dia boleh rasa kalau ada sesuatu yang tak kena. Instinct Seorang Ayah.  Selalunya kalau ada sedara mara datang masa bapak pergi ke ladang sawit, mesti bapak dapat rasa. Betul tak betul tu, lain cerita. Tu belum anak-anak dia yang nakal cuba nak kelentong dia. Mesti dia tahu punya.

Hebatnya Instinct Seorang Ayah

Tapi bila kita sendiri dah berkahwin, dah ada anak , kadang-kadang tu faham jugak lah apa yang dimaksudkan “Instinct Seorang Ayah”. Kalau kata anak nak kelentong kita yang dah berumur ni, memanglah tak lut. Tipu muslihat semua kita dah tahu. Sama lah juga ngan bapak dulu -dulu gamaknya.

Walaupun kakak tak bercerita kat ayah, dari perubahan tingkahlaku saja ayah dah tahu. Memang kakak rapat ngan ibu, tapi ayahlah yang ke hulu ke hilir menghantar menjemput kakak ke sekolah.

Hari ceria, hari sedih, hari sihat, hari sakit, semua ayah tahu. Ada satu musim tu, kakak suka cari alasan nak ponteng sekolah. Duduk kat rumah lagi best dari pergi ke sekolah. Dari raut wajahnya, ada sesuatu yang kakak pendam.

Setelah ayah korek, akhirnya kakak bercerita juga. Memang kakak ada masalah kat sekolah. Untuk kita mungkin kecil, tapi untuk dia mungkin masalah tu besar. Dia tak dibuli secara fizikal, tetapi perasaannya agak terganggu dan mungkin mengganggu keseronokannya untuk belajar.

Sabar yer kakak, Ayah dan Ibu sentiasa ada dengan kakak.

Untuk ibu ayah yang ada anak yang masih bersekolah rendah tu, rajin-rajin perhatikan tingkah laku anak-anak. Setiap perubahan tingkah-laku mesti ada sebabnya. Tanya bebaik, Insya-Allah mesti ada jawapannya.

Kengkadang anak-anak ni, walaupun masih kecik, mereka dah pandai berahsia. Dan kengkadang tu diorang tak tahu apa sebenarnya masalah yang diorang hadapi. Ibubapalah yang tukang merungkainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.