Main Harga Buatkan Hati Hitam?

Apa Sebab Hati Hitam

Terbaca isu main harga dikalangan seller-seller De’Xandra. Isu lapuk yang tak berkilat-kilat. Isu main harga dikalangan para seller bukan hanya berlaku dalam De’Xandra jer, sini pun sama. Hati hitam semakin hitam. Mereka masing-masing mementingkan perut mereka yang kian MEMBUNCIT.

Ibu hamil mohon JANGAN terasa. Mungkin hati mereka sudah dicemari titik-titik hitam. Nauzubillah. Semoga Allah jauhkan dari terjadi kepada rangkaian Shaklee kami.

Hati Hitam

Hati Hitam

Bukannya ustaz, bukannya ustazah. Kalau tak memikirkan halal haram rezeki yang mengalir dalam darah ni, boleh jer nak buat iklan yang DILARANG. Boleh jer nak jual BAWAH harga yang ditetapkan. Boleh jer nak beli stok banyak-banyak, sampai seller lain TAK BOLEH MENJUAL. Lepas tu buat JUALAN MURAH besar-besaran.

Adakah jual Murah Itu Sedekah?

INFAQ katanya, tapi pada masa yang sama menutup periuk nasi rakan seperjuangan. Di depan nampak SOLEH SOLEHAH. Di belakang diKAPAKnya kaki kawan-kawan sampai tak boleh berjalan. Kalau CACAT baru puas hati. Kalau PUPUS lagi bagus.

Tokey yang kat atas tu pun senyum jer tak buat apa-apa. Al-fatihah untuk mereka. Bila ditanya, “Saya dah tegur, tapi diorang tak nak ikut. Tanggungjawab saya dah lepas dah.” Mungkin dianggapnya seller-seller lain ni dungu, takder ilmu, tak tahu nak buat sale, tak tahu nak cari customer.

Hati yang asalnya PUTIH, lama-kelamaan MENJADI HITAM juga dek kerana rezeki yang kuning-kekuningan. Mungkin Allah takdirkan si ‘dia’ dulu keluar dari bisnes sebab sumber rangkaiannya yang tak berapa nak bersih. Mungkin Allah sayangkan dia. Allah nak selamatkan dia. Wallahuaklam.

Para seller yang jujur merangkak mencari sale ni nampak seperti meredhakan secara zahir. Tapi sebenarnya memaki hamun di dalam hati. Bila Allah makbulkan, bukan si pencantas sahaja yang bungkus, silap perhitungan orang atas nya pun sekali bungkus.

Bukan harapan tapi permintaan. BETULKAN keadaan sebelum terlambat.

*Luahan di atas adalah amaran untuk diri sendiri. Jangan biarkan hati anda diselubungi TAR HITAM dek kerana perbuatan orang bawahan anda.

#BerniagaSecaraSihat #BersaingSecaraSihat #JanganMainHarga