Hadiah Teristimewa Untuk Ibu Dan Ayah

Hadiah Teristimewa Untuk Ibu Dan Ayah

Assalamualaikum semua. Apakah Hadiah Teristimewa Untuk Ibu Dan Ayah kita? Mari kita hadiahkan Al-Fatihah setiap hari kepada kedua orang tua kita samaada mereka masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Bukan wang ringgit, bukan Mercedes, BMW atau rumah mewah yang mereka minta. Tetapi kasih sayang dari seorang yang bernama ANAK.

Hadiah Teristimewa Untuk Ibu Dan Ayah

“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.”(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

Marilah kita sama-sama berdoa untuk menjadi seorang Anak yang terbaik untuk Ibu Ayah kita. Semoga Allah menempatkan mereka dikalangan orang-orang terpilih dan diredhai. InsyaAllah.

“Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”

Aaminn

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahawa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kabilah Bani Salamah berkata :

“Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah meninggal dunia?”

Rasulullah menjawab,

“Ada, engkau berdoalah untuk keduanya dan meminta diampunkan dosa-dosa mereka dan tunaikan wasiat dan janji-janji mereka dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarga mereka dan hormati serta muliakan kawan-kawan mereka.”(HR. Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Wallahu a’lam.