Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Hadiah Pakej Umrah Shaklee PERCUMA Buat Abah & Mak

Hadiah Pakej Umrah Shaklee PERCUMA Buat Abah & Mak

Allahuakbar ! Alhamdulillah ! Alhamdulillah !  Hadiah Pakej Umrah Shaklee PERCUMA Buat Abah & Mak. Berkat doa ibubapa, suami, anak-anak, adik-adik, mentor2 Shaklee dan semua biz partner Shaklee saya sepanjang 4 tahun perjalanan saya bersama biz Shaklee. Akhirnya impian dan hasrat saya untuk menghantar abah dan mak ke Tanah Suci bersama Shaklee Umrah VVIP Trip telah tercapai pada Disember 2014.

Alhamdulillah selepas selamat terima surat jemputan Umrah dari pihak Shaklee, saya pulang ke kampung untuk uruskan dokumen yang diperlukan oleh pihak Shaklee untuk urusan permohonan Visa ke tanah suci Mekah dan Istanbul nanti. Rezeki abah dan mak bakal ke sana melancung percuma tajaan Shaklee.

Syabas dan Tahniah ! Jemputan Untuk Penyertaan Umrah
Encik Hanapi Daud dan Puan Poziah Wan Ali

Pakej Umrah Shaklee PERCUMASurat Jemputan Umrah dan Ziarah Shaklee
Untuk Abah & Mak

Trip Umrah Shaklee 2013

Jika tahun 2013, para jemaah Umrah Shaklee dibawa menziarahi Dubai yang juga semestinya ditanggung beres oleh pihak Shaklee dalam segala hal termasuklah tiket penerbangan, penginapan, makanan dan kelengkapan Umrah.

Shaklee Umrah & Dubai Trip 2013
Umrah & Dubai Trip 2013

Trip Umrah Shaklee 2014

Tahun 2014 pula InsyaAllah para jemaah akan dibawa menziarahi Istanbul, Turki pula. Alhamdulillah rezeki abah dan mak untuk jejak kaki ke sana. 😉

Tahun 2013 saya hanya layak terima SATU sahaja tiket Umrah Shaklee. Saya rasa tak bestlah nak pergi sorang-sorang kan. Jadi saya tukarkan kepada National Trip. Saya dapat 5 tiket percuma yang membolehkan saya bawa abah dan mak saya bersama-sama kami bercuti ke Kota Kinabalu. Percutian 5 bintang PERCUMA.

Sebenarnya itulah pengalaman pertama kedua ibubapa saya menaiki kapal terbang seumur hidup mereka. Dapat bayangkan tak betapa terujanya mereka? Saya pula sudah tentulah lebih excited dapat bawak mereka bersama.

Alhamdulillah percutian yang sangat menyeronokkan. Masakan tak seronok dapat bercuti bersama ibu ayah kita yang siang malam mendoakan kejayaan kita anaknya kan? Alhamdulillah. Kejayaan kami untuk dikongsikan bersama mereka.

Percutian Kota Kinabalu Shaklee 2013

Abah & Mak di hadapan Gunung KinabaluAbah & Mak di hadapan Gunung KinabaluShaklee KK Trip 2013KK Trip 2013

 Nak tau tak apa uniknya tentang biz Shaklee ni? 

Anda pasti pernah dengar kan mana-mana dealer Shaklee selalu cakap… Biz Shaklee ini Biz Untuk Family

Kenapa?

Salah satu sebabnya ialah apabila kita berjaya menjadi Leader Shaklee, kita akan mula mengumpul point tertentu untuk melayakkan kita menyertai percutian percuma tajaan Shaklee samada dalam Malaysia (National Trip) atau pun luar negara (International Trip/Umrah).

Yang istimewanya sekiranya kita layak, kita boleh bawa / hadiahkan percutian tersebut kepada mak ayah atau mak ayah mertua tau ! Best kan?

Mungkin ada di antara kita yang punya kekangan kewangan (contohnya surirumah seperti saya) nak sponsor mak ayah bercuti atau ke umrah kan…. why not usahakan Shaklee dengan bersungguh-sungguh dan dapatkan tiket untuk mereka secara PERCUMA ?

Ia pastinya menjadi hadiah yang paling menggembirakan mereka bukan? 😉 Ini impian saya. Bagaimana dengan impian anda?


Kelebihan Jadi Leader Shaklee

Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang percutian Shaklee ini, jangan segan-segan untuk hubungi saya ye !

2 Comments
  1. Encik X 3 years ago
  2. Sudirman Salleh 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.