Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Gastrik Ketika Ramadhan

Gastrik Ketika Ramadhan

Kalau ada gastrik, macamana nak berpuasa yer. Gastrik ketika Ramadhan memang sesuatu yang tak boleh dielakkan. Tapi kalau nak berpuasa juga boleh ker? Aper yang perlu anda amalkan? Meh kita baca artikel bawah nie.

Gastrik Ketika Ramadhan

Apakah yang perlu diamalkan oleh pesakit gastrik ketika Ramadhan?

Elakkan :

  • Makanan bergoreng
  • Makanan di dalam tin – kerana kandungan asid yang tinggi
  • Minuman bergas
  • Makanan yang mempunyai asid tinggi – contohnya limau, oren, tomato
  • Merokok
  • Minuman yang tinggi kandungan kafein seperti teh, kopi
  • Tidur sebaik sahaja selesai sahur atau berbuka
  • Berbuka dengan kuantiti yang banyak

Amalkan

  • Berbuka puasa dalam kuantiti yang sederhana, dan jarakkan pengambilan pemakanan. Contohnya berbuka dengan buah kurma dan segelas air seterusnya solat maghrib dahulu. Kemudian makan nasi separuh pinggan, ikan stim beserta sayuran dan buah-buahan. Selesai terawikh, makan buah-buahan, biskut oat atau roti.
  • Menyegerakan berbuka dan melewatkan sahur; seperti yang diriwayatkan di dalam hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إنا معاشر الأنبياء أمرنا بتعجيل فطرنا وتأخير سحورنا

“Sesungguhnya kami para Nabi diperintahkan untuk menyegerakan berbuka (sebaik masuk waktunya) dan melewatkan sahur.”

(Majma’ az-Zawa’id, no. 2609.Kata al-Haitsami, “Hadis riwayat ath-Thabrani dalam al-Kabir dan para perawinya perawi kitab Shahih.”)

‘Amr B. Maimun al-Audi menyatakan,

“Para sahabat Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah orang-orang yang paling bersegera dalam berbuka dan paling terakhir (lewat) dalam bersahur.”

(Ibnu Hajar, Fathul Bari Syarah Shahih al-Bukhari, 4/199)

  • Pesakit adalah dinasihatkan untuk mengambil ubat yang diberikan sewaktu sahur; jika diberikan sekali sehari. Sewaktu berbuka dan sahur; untuk ubatan dua kali sehari.
  • Makan makanan yang dipanggang lebih baik daripada yang digoreng.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sepanjang malam di waktu Ramadhan.
  • Minum air susu atau air buahan yang tidak berasid contohnya pisang sewaktu sahur.
  • Banyakkan makanan karbohidrat kompleks seperti beras perang, kekacang badam, oat.

Berjaga-jaga

  • Jika anda kelihatan letih, lesu dan pucat. Kerana komplikasi gastritis adalah pendarahan dalam perut serta kekurangan zat besi untuk pembentukan hemoglobin (darah merah).
  • Kajian menunjukkan kandungan asid paling tinggi pada waktu tengahhari. Oleh itu, jika anda mengalami sakit ulu hati yang teruk, sila dapatkan pandangan doktor kerana puasa mungkin akan memudaratkan. Namun demikian ianya tidak harus dijadikan alasan untuk tidak berpuasa sepanjang Ramadhan jika perkara yang diamalkan dan dielakkan seperti yang dibincangkan di atas tidak dipatuhi.

Sumber: Dr. Ruhi Fadzlyana


Supplemen yang membantu anda untuk berpuasa penuh.

setberpuasa-3

Untuk keterangan lanjut sila hubungi 019-7200429 atau KLIK SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.