Faktor-faktor Penyakit Darah Tinggi

Faktor-faktor Penyakit Darah Tinggi

Rakyat Malaysia mempunyai kebarangkalian untuk menghidapi masalah penyakit darah tinggi. Selain faktor pemakanan yang mengandungi jumlah garam yang berlebihan, faktor-faktor di bawah ini juga boleh mempengaruhi bacaan darah yang tinggi. Antaranya ialah:

Faktor-faktor Penyakit Darah Tinggi

  • Umur.
  • Keturunan.
  • Kerosakan buah pinggang.
  • Lebih berat badan.
  • Merokok.
  • Tidak aktif secara fizikal.
  • Stres.
  • Masalah hormon.

Komplikasi Penyakit Darah Tinggi

Akibat daripada penyakit darah tinggi, pesakit juga boleh mengalami implikasi lain seperti:

  • Serangan sakit jantung.
  • Strok.
  • Kegagalan buah pinggang.
  • Kegagalan jantung.

Julat bacaan yang tinggi juga boleh dipengaruhi oleh faktor:

  • Umur/usia
  • Ketinggian
  • Jantina lelaki atau perempuan

Remaja yang lebih dewasa dan bertubuh tinggi mempunyai bacaan tekanan darah yang lebih tinggi. Untuk remaja yang bacaan sistoliknya secara purata di atas 125 mmHg dan bacaan tekanan distolik di atas 80 mmHg perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.

Anda boleh dikatakan mengalami tekanan darah tinggi apabila bacaan tekanan darah anda semasa rehat melebihi 140/90 mmHg untuk dua atau lebih bacaan yang diambil semasa 2 atau lebih temujanji bersama doktor.

Mari kita belajar Cara Baca Tekanan Darah Yang Betul. Sila KLIK SINI untuk mengetahui cara membaca tekanan darah yang betul.

Amalkan pemakanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat. Pengambilan makanan tambahan juga boleh membantu anda mengatasi masalah tekanan darah tinggi.