Shaklee Offer

Duit Banyak Tapi Tak Boleh Makan

Duit Banyak Tapi Tak Boleh Makan

Ingat 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara. Apa guna Duit Banyak Tapi Tak Boleh Makan.

Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).

 

Duit Banyak Tapi Tak Boleh Makan

Tak Guna Duit Banyak

Tak guna duit banyak kalau tak boleh makan NASI. Sebab ada Diabetes.
Tak guna duit banyak kalau tak boleh makan DAGING. Sebab ada Gout.
Tak guna duit banyak, kalau lidah dah kelu, badan dah kaku, kaki dah hilang satu.

Betul atau Salah?

Kebanyakan orang  berbelanja besar untuk ‘SAKIT’  berbanding untuk ‘SIHAT’.
Kebanyakan orang gemar makan makanan untuk ‘SAKIT’ berbanding  makanan untuk ‘SIHAT’.
Dan kebanyakan orang yang ‘SAKIT’ ingin kembali ‘SIHAT’ walaupun dah TERLAMBAT.

Renung-renungkan

Bila Sihat, boleh beribadah dengan selesa.
Bila Sihat, boleh pergi bercuti-cuti dengan keluarga.
Bila Sihat, boleh membantu orang yang susah berbanding kita.

Apa nilai ‘SIHAT’ di mata anda?
Sepuluh Ringgit? Seratus Ringgit? Seribu Ringgit? Sejuta Ringgit?

Apa Guna Duit Banyak Tapi Tak Boleh Makan

Jangan DIANAKTIRIKAN kesihatan anda. Masih belum terlambat. Jagalah kesihatan anda bermula dari SEKARANG.