Doakan Mereka Yang Menyakitimu

Assalamualaikum, selamat pagi untuk anda yang bertuah sudi singgah rumah KakTie ni. Hari pertama peperiksaan UPSR tahun 2017. KakTie turut sama berdebar-debar walau anak dara KakTie baru darjah 4 tahun ni. Semoga ALLAH swt permudahkan, terangkan hati, lancarkan penulisan anak-anak yang menduduki peperiksaan minggu ini. Amin.

SELAMAT MENDUDUKI UPSR ADIK-ADIK. BUAT YANG TERBAIK ! SELEBIHNYA TAWAKKAL PADA ALLAH swt.

Kebiasaannya setiap pagi KakTie suka baca kata-kata motivasi dahulu sebelum mulakan kerja rumah dan bisnes. Maklumlah kita surirumah ni duduk sorang-sorang kat rumah, tiada siapa nak diajak bersembang kan. Tiada kawan nak bertukar senyuman pagi hari ni. Jadi pagi ni KakTie buka FB Felinna Nadea Ed Fattah @KakFel.

Kebetulan topiknya sangat dekat dengan hidup KakTie. Jadi KakTie nak kongsi dengan kawan-kawan lain. Mungkin ada yang sedang alaminya. Kita sama-sama positifkan diri jom ! 😉


Doakan mereka yang menyakiti mu itu bahagia.

Tidak semua akan paham apa yg kamu paham dan tidak semua akan lalui apa yang telah kamu lalui.

Teruskan berjalan, bercakap tidak akan dapat membuktikan apa apa. Buktikan melalui tindakan .

Mereka yg benar, dia diam. Dia tahu Allah ada.. Dia tahu, Allah perancang segalanya.

So jangan takut disakiti, jangan risau dibenci… Sebab itu lumrah hidup. Belum tentu org yg membenci kita harini akan terus disukai.

Hidup berputar, roda bergerak. Selagi mana mampu, terus berjalan okay.

Anda kuat, anda sangat kuat kakfel yakin.

#tipsfelinnanadea

 

SELAMAT MENJEMPUT REZEKI !


Follow FB Yati Hanapi dan IG @eitay.napi untuk mengetahui pelbagai tips kesihatan dan promosi yang ohsem. WhatsApp 019-7200429 untuk petanyaan tentang Shaklee.