Doa Hari Jumaat Yang Barokah

ByKakTie

Doa Hari Jumaat Yang Barokah

Doa Hari Jumaat Yang Barokah

Sempena hari Jumaat yang barokah ini, marilah sama-sama kita membaca Doa Hari Jumaat.

“Ya Allah, ya Tuhan kami, di hari Jumaat yang mulia ini, kami bermohon ke hadrat-Mu, berikanlah kekuatan, taufik dan hidayah kepada kami supaya kami dapatmemperbaiki diri kami. Tambahkanlah ya Allah kepada kami ilmu, iman dan amal.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon kepada-Mu ya Allah, berikanlah kami iman yang sempurna, ilmu yang memberi manfaat, rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, rumahtangga yang bahagia, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.

Sebaik-baik hari bagi umat Islam adalah hari Jumaat yang dikenali sebagai ‘Sayyidul Ayyaam’ (Penghulu Hari) yang paling utama dan paling mulia di sisi Allah Ta’ala.

Di dalamnya juga terdapat satu waktu yang mustajab untuk berdoa. Tidaklah seorang hamba yang beriman memunajatkan doa kepada Tuhannya pada waktu itu, kecuali Allah SWT akan mengabulkannya selagi dia tidak meminta yang haram. Oleh itu seorang muslim sepatutnya lebih perihatin akan keberkatan hari Jumaat ini.

Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab.

Waktu Pertama : Ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat.

Waktu Kedua : Di Antara Dua Khutbah Jumaat –  Sesetengah ulama berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

Waktu Ketiga : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi,

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر
Erti : Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul),
maka CARILAH IA DI HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR” (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)

Wallahu a’lam  (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

About the author

KakTie administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.