Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Saya konsikan Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun untuk rujukan anda semua. Semoga ianya bermanfaat. Aaminn insha-Allah.

Doa Akhir Tahun

– Dibaca selepas solat Asar.

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan menguasai semesta alam. Selawat dan Salam kepada junjungan kami Nabi
Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan Engkau tidak redha dan melupakan perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu yang telah ditetapkan kepadaku.

Engkau telah memerintahkan supaya aku bertaubat dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu, ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redhai dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya dari Engkau.

Ya Allah, ya Karim, ya Dzaljalali wal ikrom.

Selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan menguasai semesta alam.

Doa Awal Tahun

– Dibaca selepas solat Maghrib

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan menguasai semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad
S.A.W. serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Ya Alllah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agung dan kemurahanMu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang terkutuk, dari sekalian kroni-kroninya, tenteranya dan penolongnya.

Aku juga memohon perlindungan dari nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak bermanfaat daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

Selawat dan salam kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW. Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan menguasai semesta alam.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.