Demam Kuning Bayi Baru Lahir

demam kuning

Newborn Jaundice (Demam Kuning Bayi Baru Lahir)

Ibu mana yang tidak gembira melihat bayi yang dikandung selama 9 bulan 10 hari lahir ke dunia dengan selamat, sempurna dan cukup sihat. Namun ada kalanya ibu diuji apabila bayi kecil mengalami demam kuning atau nama glamournya JAUNDICE.
Anak perempuan pertama saya juga pernah mengalami jaundice di awal kelahiran dan terpaksa bermalam di ward NICU selama 1 hari. Sepanjang hari ‘berjemur’ di bawah sinaran ‘lampu purple’.

Doktor bertugas sering berpesan kepada ibu-ibu di ward tersebut supaya menyusukan bayi dengan susu ibu sekerap mungkin. Ini adalah kerana susu ibu merupakan UBAT YANG PALING MUJARAB untuk merawat jaundice baby (di samping ubat-ubatan dan alat perubatan yang serba canggih).Lebih kerap bayi menyusu, lebih keraplah bayi buang air kecil. Dengan cara ini, Insyaallah ‘demam kuning’ itu akan turut keluar bersama-sama urin/najis bayi.

Kebiasaannya bayi yang mengalami jaundice lebih banyak tidur. Jadi ibu harus kerap kejut dan susukan bayi walaupun bayi sedang tidur. Bagi ibu-ibu baru, jangan susah hati jika bayi asyik tidur jer…boleh cuba sentuhkan/suakan puting payudara pada bibir bayi. Nanti bayi akan terhidu bau susu seterusnya akan mula minum.
Apa kata kita baca serba sedikit tentang demam kuning di awal kelahiran.

 
NEWBORN JAUNDICE

 Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis.Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan.

Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan.

Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan Bilirubin dalam darah. Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari.
Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.

 
Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut:-

  1. Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
  2. Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
  3. Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang. Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
  4. Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)
  5. Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
  6. Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.
  7. Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
  8. Keturunan.
Penyakit demam kuning mula dikesan pada hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Ia mula kelihatan dari kepala dan turun kebawah. Bayi demam kuning kelihatan kuning pada bahagian muka, diikuti bahagian dada, perut, dan akhirnya dibahagian kaki. Warna kekuningan juga dapat dilihat ada
bahagian mata putih bayi.
Bayi perlu dibawa berjumpa doktor sekiranya demam kuning dikesan. Di hospital atau klinik, paras bilirubin dalam darah boleh diuji melalui contoh darah. Tahap serius ditentukan berdasarkan umur bayi dan tahap kandungan bilirubin dalam darahnya. Jumlah bilirubin yang kecil atau sederhana tidak merbahaya kepada bayi.Bagaimanapun paras bilirubin yang tinggi dan lama boleh memberi kesan pada pendengaran dan otak bayi. Doktor akan memberikan rawatan yang sesuai agar paras bilirubin tidak mencapai paras merbahaya.

Ibu bapa dinasihatkan merujuk kepada doktor dengan segera sekiranya :- 
  • Demam kuning dikesan dalam tempoh 24 jam kelahiran.
  • Bayi demam melebihi 37.8 darjah Celcius (100 darjah Fahrenheit)
  • Bayi kelihatan lemah dan tidak sihat.
  • Bagi kanak-kanak bawah 5 tahun, suhu dalam dan luar badan perlu diperiksa.
  • Warna kuning semakin ketara selepas 7 hari.
  • Demam kuning masih kekal selepas 15 hari.
  • Bayi tidak bertambah berat badan.
  • Sekiranya anda merasa bimbang mengenai kekuningan pada kulit bayi.
Bayi yang menghidap demam kuning perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan (dehydration) akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi.

Antara faktor lain yang mungkin meningkatkan risiko kekeringan adalah bayi pertama, bayi yang tidak pandai menghisap, puting susu tenggelam (inverted nipples), pembedahan caesarean, penggunaan ubat penahan sakit (analgesics) dan bayi yang tidak matang dengan daya menghisap yang lemah.

 Jenis-jenis Demam Kuning

Terdapat beberapa jenis Demam Kuning. Antara yang biasa didapati adalah :-

1) Demam kuning normal (physiological jaundice)
.
Demam kuning normal biasa berlaku pada bayi baru lahir. Ia disebabkan oleh hati bayi baru lahir yang kadang-kala tidak mampu memproses (hati belum cukup matang) bilirubin dari sel darah merah yang
diuraikan. Keadaan ini meningkatkan kadar bilirubin dalam darah dan seterusnya menyebabkan warna kuning-kekuningan pada kulit dan putih mata bayi. Ia mula kelihatan 2 – 4 hari pertama dan kebiasaannya akan hilang sepenuhnya selepas 1 hingga 2 minggu.

2) Demam kuning pra-matang.
Demam kuning pra-matang disebabkan oleh hati bayi yang masih belum terbentuk sepenuhnya mengambil masa yang lebih lama untuk memproses jumlah bilirubin yang terhasil.
 
3) Demam kuning susu ibu (Breast milk jaundice)
.
Demam kuning susu ibu hanya berlaku dalam 1% – 2% kes ibu yang menyusu. Ia disebabkan bahan yang terhasil dalam susu ibu yang menghalang penyingkiran bilirubin melalui usus bayi.Ia bermula pada hari ke 4 hingga hari ke 7 dan menghilang selepas 3 hingga 10 minggu. Pihak doktor akan menentukan sekiranya ini berlaku, biasanya sekiranya demam kuning berterusan melebihi 7 hari. Ibu boleh kembali menyusukan bayi selepas bayinya sembuh.

Antara faktor lain yang boleh menyebabkan demam kuning

 1) Ketidaksuaian kumpulan darah antara ibu dan emak. Sekiranya bayi mempunyai darah yang berbeza dengan ibu, susu ibu mungkin mempunyai antibodi yang boleh memusnahkan darah bayi. Ini akan meningkatkan paras bilirubin dalam darah bayi. Ia biasanya mula dikesan pada hari pertama kelahiran.
 
2) Masalah Rh
juga boleh menyebabkan demam kuning yang teruk tetapi boleh dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh (Rh immune globulin) pada ibu dalam tempuh 72 jam selepas kelahiran. Suntikan ini menghalang penghasilan antibodi yang boleh membahayakan bayi.
3) Komplikasi seperti kekurangan enzim G6PD, jangkitan kuman, bayi pra-matang, dan lain-lain lagi.
Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.