Shaklee Offer

Demam Denggi, Pengurus Felda Kena Tegur

Demam Denggi, Pegawai Kesihatan Tegur Pengurus Felda

Kan dah kena tegur. Sebab demam denggi yang makin merebak, Pengurus Felda kena sound dengan pegawai kesihatan. Almaklumlah, kebanyakan generasi pertama, semua dah di kategorikan sebagai warga emas. Banyak yang dah tak larat dan banyak juga yang sudah tiada (إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎). Jadi takde sapa nak tolong menebas semak samun kat belakang rumah, yang boleh jadi sarang nyamuk.

 Demam Denggi

Felda sekarang dah jauh lebih elok dari perkampungan Felda yang dulu. Felda sekarang dah ada lori sampah yang angkut sampah tiap-taip minggu.  Tapi Faham-faham jerlahkan. Sesetengah orang lebih suka buang sampah kat belakang rumah. Nak bungkus sampah elok-elok letak depan rumah untuk lori sampah pungut mungkin menyusahkan diaorang kot. Tu yang main campak jer.

Kalau nak tau statistik negeri mana yang banyak nyamuk boleh klik link kementerian kesihatan ni. Untuk Jan hingga Februari 2016. Johor win!!!! Cecah seribu kes dah tu. Bahaya-bahaya.

Kesedaran menjaga kebersihan tu memang penting. Kengkadang tu bukan tak tau, tapi buat-buat tak tau. Jadi kepada anak-anak Felda generasi kedua (termasuklah diri saya sendiri), marilah sama-sama kita membersihkan kawasan rumah mak ayah kita bila pulang ke kampung nanti. Terutamanya kawasan yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

TIADA AEDES, TIADA DENGGI

Demam denggi