Shaklee Offer

Dah Besar Nanti, Nasib Ko Ler Nak

Dah Besar Nanti, Nasib Ko Ler Nak

Dua hari lepas kami saja gatal-gatalkan kaki masuk pejabat developer rumah. Saja nak tanya harga rumah kat satu kawasan nih. Rumah kat kawasan tu dah siap hampir 2 tahun lebih kurang. Rumah teres dua tingkat 22′ x 70′. Lokasi kat belakang deretan kedai. Lot ANTARABANGSA. (Antarabangsa ler sangat). Nasib Ko Ler Nak

Nasib Ko Ler Nak

Sekali dia kuar harga RM5**K ++. Gaji bersih tolak komitmen RM7K. Yuran apa kejadah suma developer tanggung. Giler bapak mahal. Tu lepas diskaun hujung tahun yer. Memang gitu ker harganya?

Sebenarnya beberapa tahun yang lepas kami dah tanya. Masa tu gaji bersih kena 5K. Ingatkan lokasi rumah belakang kedai + lepas beberapa tahun rumah tak laku, turunlah harga rumah tu. Rupanya TIDAK. Jangan mimpilah yer.

Alhamdulillah. Nasib baik kami dah beli rumah. Kami beli masa tahun kemelesetan ekonomi tahun 2008. Masa tu orang kata jangan beli rumah, kami beli juga. Rupa-rupanya kalau tak beli masa tu, sampai matilah kami tak beli rumah. Harga rumah makin naik naik dan naik aderler.

Gaji Engineer

Bayangkan kalau average gaji Graduate Engineer RM2.5K, kalau tontong slip gaji ngan bini pun belum tentu lepas tau. Kalau nak gaji besor lompat-lompatkan diri dari kilang ke kilang.

Kalau kenaikan gaji kilang Jepun setakat beberapa hengget setahun, jangan mimpi ler nak beli rumah teres ‘BARU’ 2 tingkat dalam masa 5 tahun. Memang tak lepas. Agak-agaknya lah, gaji seorang ‘ENGINEER KILANG’ di Malaysia masih logik ker tidak untuk diorang survive di kemudian hari. (Abam engineer kilang jangan sentap yer. Saya pun bekas engineer kilang).

Pergilah cari rumah 2nd hand yang below harga market. Tu pun kalau broker rumah ada belas ihsan kat ko nak. Kalau tak, carilah rumah sewa yang harganya sekarang macam bayar sebulan installment rumah.

Macamanalah nasib generasi anak-anak 10 ~ 20 tahun akan datang. Agak-agaknya hanya berbekalkan sekeping Degree, cukup ker tidak untuk diorang survive macam kami sekarang.

Syukur tu tetap syukur diberkan rezeki melalui bisnes ni. Tapi masih merenung jauh seketika. Ecewahhh. Agak-agaknya apa HARTA yang ampuh yang boleh kita bekalkan untuk diorang guna dikemudian hari. Cer pikir-pikirkan.