Custom Made Mug Team Kami Duta Shaklee

ByRV Master

Custom Made Mug Team Kami Duta Shaklee

Special Custom Made Mug Untuk Team KDS

Memang Abam nak support bisnes kecil-kecilan terutamanya warga setempat. Tak kiralah bisnes sambilan atau tetap. Ada projek kecil-kecilan, memang kitaorang akan pass kat orang-orang keliling ni jer. Hari tu Abam ader nak order custom made mug. Design semua Abam dah siapkan. Tinggal printkan ajer. Harga memang murah dari harga pasaran. Offer katanya. Oklah untuk permulaan, orderlah beberapa pcs .

Custom Made Mug

Custom Made Mug yang OKKAY. Order online dari Printcious, KLANG

TETAPI MALANGNYA, peluang yang kita kasi, dibuat sambil lewa.  Hasilnya TERAMAT menyedihkan. TERAMAT mengecewakan. Dengan hasil grafik yang macam hampeh, kedudukan grafik pun tak sama untuk setiap mug. Memang istigfar banyak-banyak.

Gambar kat atas ni, ialah hasil mug yang OKKAY. Abam order dari Klang. Deal online jer pun. Kalau korang nak tengok hasil yang TAK OKKAY,  tengok kat bawah ni. Order dengan orang kampung. Tengok pun macam nak hempas jer.

Harga murah bukan alasan untuk kita hasilkan produk yang MEMALUKAN. Nasib baik order tak banyak. Kalau tak lebam jugak. Lain kali kalau tak mampu, janganlah offer amik order bagai. Dun Wori, saya halalkan semuanya yer. Mungkin bukan rezeki saya. Ada hikmah disebalik yang berlaku. Kalau tak jadi camni, takderlah terhasil mug #KDS yang cute kat atas tu kan. Alhamdulillah. Move on.

Fail Custom made mug

Custom Made Mug yang TAK OKAY.

Niat di hati sememangnya dah lama nak buat merchandise untuk anak-anak buah #KamiDutaShaklee. Best price untuk mug yang kami pernah dapat, RM6 per pcs. Tapi minimum order kena 100 pcs dan keatas. Perghhh tak dapek nak tolong ler. Nak kumpul order 50 pcs pun merangkak-rangkak, inikan pulak 100 pcs. Finally terpaksa order kecil-kecilan dulu. Harganya jerlah mahal sket. Setelah bermacam-macam cabaran, akhirnya tercapai hajat.

Kalau ader sesiapa yang teringin nak order gift-gift yang menarik secara online, boleh pergi kat website https://www.printcious.com. Macam-macam ada. Yang bestnya, boleh custom made design. Upload jer gambar, keluar contoh hasil produk yang kita akan dapat. Ada bantal, frame gambar, printed canvas, baju dan macam-macam lagi. Harganya berpatutan dengan hasil dan kualiti yang dia offer. InsyaAllah puas hati.

 

About the author

RV Master administrator

2 Comments so far

Haulia RazaliPosted on3:34 pm - May 25, 2017

wahh bestt nya , tak sabar nk order mug penuh gaya nih 🙂

NORIZA BINTI ABDUL RAHMANPosted on3:02 pm - Jun 19, 2017

Wahhh sangat menarik bila ada custom made mug macam ni
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN recently posted…Bahaya Tersembunyi Di sebalik Manisnya Gula!My Profile

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.