Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Nak Cairkan Susu Ibu (EBM)

Cara Nak Cairkan Susu Ibu (EBM)

Entry kali ni khusus untuk ibu-ibu baru yang mungkin masih ragu-ragu tentang cara nak cairkan Susu Ibu (EBM) untuk baby anda.

Pumping 3

Nota kat bawah ni juga amat berguna untuk ibu-ibu yang dalam persediaan nak menyusu…atau yang sedang melalui perjuangan menyusu…. Ianya nampak mudah..tetapi kena tahu cara pengendalian yang betul..apa yang patut buat dan apa yang jangan buat.. bukan main sebarang buat je kat susu-susu yang dah di pam tu… Mari kita baca dan applykan..

Yang sentiasa sibuk dengan urusan kerja.. fly ke oversea..tapi still maintain breastfeeding.. salute… Insyaallah nanti saya nak share bagaimana beliau menjayakan penyusuan sepanjang travel ke oversea tu.. ibu-ibu lain boleh apply gak… especially kalau ada travel balik kampung ke… dalam negeri ke.. or gi oversea ke.. tapi arini kita study dulu tentang EBM yer…


1. Pilih botol frozen EBM yang bertarikh paling lama dari bahagian beku.

2. Turunkan frozen EBM ke bahagian bawah peti sejuk untuk dicairkan semalaman. Keesokkan harinya susu akan cair… InsyaAllah ATAU….

3. Lalukan frozen EBM di bawah aliran air paip.

4. Bila dah cair, panaskan dengan cara merendam di dalam mangkuk berisi air panas/suam.

5.  AMARAN KERAS !!!

  • JANGAN cairkan frozen EBM at room temperature
  • JANGAN gunakan microwave untuk mencairkan frozen EBM kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu.
  • JANGAN masak frozen EBM di atas api, ini juga akan memusnahkan khasiat susu ibu.
  • Elakkan memanaskan susu diawal pagi dan memasukkan ke dalam termos… kerana susu yang dipanaskan perlu dihabiskan dalam masa 1-2 jam sahaja.
  • Susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula, so kene pandai budget supaya tak membazir.

TIPS!!!

  • Seelok-eloknya panaskan susu sejurus sebelum memberi bayi minum.
  • Hold your baby when feeding EBM.
  • Jadikan masa penyusuan sebagai  saat yang menggembirakan bagi anda dan bayi anda. Rangsang bayi anda dengan berborak bersama baby dan berikan banyak senyuman.
  • Sesudah minum, BURP kan baby anda.

Chilled EBM (Susu yg dah diperah, disejukkan dibahagian sejuk (bukan beku)) normally akan terbahagi kepada 2 lapisan… atas dia bhgn lemak, bwh dia air.. this is perfectly normal, jangan pulak korang ingat susu tu basi and buang plak. What u need to do, is masa panaskan susu tu, GENTLY SWIRL the bottle to mix the lapisan.


Saya doakan semoga ibu-ibu menyusu di luar sana diberi kekuatan dan kesabaran dalam menempuh perjalanan penyusuan yang penuh cabaran. InsyaAllah!!!!

Credit to Momma Mia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.