Cara Menyediakan Bubur dan Puree Bayi
Cara Menyediakan Bubur dan Puree Bayi
Selepas bayi anda berumur enam bulan, ibu-ibu bolehlah memperkenalkan makanan pejal kepada bayi tersayang. Puree yang disediakan dari air tangan ibu sendiri adalah pilihan terbaik untuk diberikan kepada bayi. Cara Menyediakan Bubur dan Puree Bayi tak susah mana pun.
Selain terjamin kebersihan, puree yang anda buat sendiri tentunya penuh khasiat
dan baik untuk tumbesaran sihat dan otak yang cerdas. Antara puree yang boleh anda sediakan untuk bayi adalah:
✿ Puree labu
Bayi boleh diperkenalkan dengan puree labu seawal usia enam bulan. Anda juga boleh mencampurkan ia dengan ayam atau yogurt.
✿ Puree brokoli
Sebaik bayi berusia lapan bulan ke atas, cuba berikan mereka brokoli. Ia mengandungi vitamin A, C, E, K, niacin, folate, dan potasium, sodium, selenium, fosforus, zat besi, magnesium dan kalsium.
✿ Puree pear
Pear mengandungi fiber pectin yang dapat membantu si kecil menghadam makanan awal dengan berkesan.
✿ Puree betik
Ia kaya dengan vitamin C dan beta karoten. Sebanyak 75g betik cukup untuk membekalkan keperluan vitamin C si kecil.
✿ Puree epal
Epal adalah pilihan terbaik untuk makanan awal bayi. Ia mudah disediakan, dihadam dan kaya dengan nutrien.
✿ Puree lobak merah
Lobak merah kaya dengan beta keroten yang membentuk vitamin A dan boleh dijadikan makanan pendamping yang baik untuk bayi. Ia mempunyai rasa manis yang semula jadi.
✿ Puree kentang
Sediakan puree kentang apabila si kecil anda berusia lapan bulan ke atas.
✿ Puree pisang
Pisang dapat membekalkan tenaga kepada bayi anda kerana ia mengandungi kandungan gula untuk sumber tenaga. Ia bagus untuk masalah sembelit dikalangan bayi. Puree yang disediakan boleh juga dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi sebagai penambah perisa yang lebih sihat dan sedap.
Cara Menyediakan Puree Bayi
1) Potong buah-buahan atau sayur-sayuran yang telah dibersihkan dalam bentuk dadu seperti di gambar di bawah.
2) Stim atau rebuskan bahan-bahan puree tadi sehingga lembut.
3) Kisar bahan-bahan tadi sehingga hancur menggunakan blender atau chopper.
4) Masukkan puree yang sudah dikisarkan tadi ke dalam ice tray yang bertutup. Masukkan puree menggunakan sudu secara perlahan-lahan. Pastikan anda menggunakan ice-tray yang bertutup supaya lebih bersih dan selamat tidak tercemar apabila di simpan dalam peti sejuk nanti.
Puree yang siap dikisar dimasukkan ke dalam ice tray utk dibekukan
5) Hasilnya akan jadi seperti ini. Puree aneka rasa yang sihat sedia untuk dimasak !
Cara Menyediakan Bubur Nasi Bayi
1) Basuh beras 3 senduk sehingga bersih dan keringkan (boleh gunakan microwave/kuali). Caranye selepas basuh beras, masukkan ke dalam kuali dan pasang api pada tahap yang sangat perlahan. Rata-ratakan beras dalam kuali supaya setiap biji dapat dikeringkan secara menyeluruh. Ingat hanya untuk keringkan, jangan sampai garing pula.
2) Bila sudah kering, keluarkan dari kuali dan masukkan dalam blender. Blend sampai betul-betul hancur. Hasilnya akan jadi begini.
3) Sesudah selesai blender beras, masukkannya ke dalam bekas kedap udara dan boleh disimpan untuk kegunaan sepanjang minggu. Lebih menjimatkan masa memasak bubur nasi.
4) Untuk masak bubur, didihkan dahulu air dalam periuk kecil. Bila air dah mendidih, masukkan 3 sudu besar beras hancur tadi ke dalam air mendidih. Sukatan tu ikut kuantiti anak masing-masing la yea makan banyak mana. Masak selama setengah jam.
Untuk mommy yang bekerja boleh masukkan bubur nasi bayi anda ke dalam bekas khas (food jar baby) sebagai bekal ke taska atau ke rumah pengasuh.
Semoga bermanfaat ye~ 😉
*Rujukan dari blog ibu2 hebat : Mommyiskandar, TOT, Kasih Mommy, Mommy In Wonderland