Shaklee Offer

Cara Menghilangkan Makeup dengan mudah

Cara Menghilangkan Makeup Dengan Mudah.

Cara Menghilangkan Makeup

Jujurnya saya bukanlah seorang yang suka bersolek. Lepas tu memang tak der ler belajar cara menghilangkan makeup secara serius. Memang dari zaman anak dara hinggalah sekarang, cukup sekadar tepek bedak compact dan celak sebagai penyeri wajah supaya tak nampak pucat sangat. Selama ni saya beranggapan muka saya sudah cukup bersih selepas menggunakan mencuci muka menggunakan pencuci muka pagi dan malam. Rupa-rupanya saya salah !

Beberapa bulan lepas,¬†saya menghadiri satu ceramah kesihatan yang dianjurkan oleh Pakar Nutrisi Shaklee. Kami beruntung kerana pihak Shaklee sentiasa memberikan ceramah di seluruh negara kepada¬†pengedar Shaklee sendiri supaya kami dapat mendalami ilmu kebaikan dan fungsi produk Shaklee. Kami makan, kami pakai dan kami kongsikan kebaikannya dengan anda. ūüėČ

Ok. Dalam ceramah tersebut barulah saya tau, sebenarnya semua orang samada anda makeup atau pun hanya sekadar berbedak nipis, setiap kali kita keluar rumah wajah kita semua terdedah kepada pencemaran yang kita tidak nampak dengan mata kasar.

Jika kotoran yang terlekat di muka kita tidak dibersihkan dengan betul, ia akan menyebabkan berlakunya pori-pori tersumbat dan lebih parah jika jerawat juga sama-sama keluar dengan meriah di wajah. Sudah tentu kita tak mahu kan? Rupa-rupanya cara menghilangkan makeup yang sebenar ialah sebelum mencuci muka menggunakan pencuci muka, kita perlu membersihkan muka kita dengan makeup remover terlebih dahulu.

Jadi selepas ceramah terus saya beli Shaklee Gentle Action Makeup Remover untuk cuba sendiri. Memang tak pernah terfikir nak beli sebelum ni.

Shaklee Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover

Cara Menghilangkan Make-Up
Gentle Action Makeup Remover yang tidak berminyak
  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

 Cara- cara menghilangkan make-up  :

  1. Picitkan dari tube sedikit makeup remover kira-kira 1-2 cm dan sapukan rata-rata
    ke seluruh wajah anda termasuklah di sekeliling bahagian mata.
  2. Ambil cotton muka yang bersih. Bersihkan keseluruhan wajah terutamanya di bahagian mata (kesan eyeliner/mascara)
  3. Selepas itu bolehlah basahkan muka dengan sedikit air. Cuci muka menggunakan
    pencuci muka anda dan bilas sampai bersih. Saya guan Nutriwhite Deep Foaming Cleanser.

Nampak mudah je kan…pasti ada yang tertanya “betul ke senang tanggal kotoran atau kesan eyeliner tu?” Serius senang tau. Masa ceramah tersebut Nutritionist Shaklee¬†ada tunjukkan demo juga.

Balik rumah saya cuba buat sendiri. Sapu lembut¬†je dengan cotton tu kesan eyeliner senang aje hilang ! Teruja sangat tau. Sebab selama ni selepas¬†cuci muka menggunakan pencuci muka kesan eyeliner tu kadang-kadang masih nampak kehitaman kan…macam tertinggal saki baki. Kena gosok lembut baru hilang.

Tetapi selepas guna makeup remover sangat senang nak cuci muka. Tambahan pula ia tidak meninggalkan kesan berminyak !

Apa yang best tentang Nutriwhite Makeup Remover ?

  • Ia tidak berminyak seperti makeup remover lain di pasaran
  • Saiz Nutriwhite Makeup Remover ni sama besar macam Nutriwhite Foaming Cleanser. Sangat-sangat menjimatkan sebab kita hanya perlu guna sedikitttt sahaja !

Shaklee Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser

Saya sudah bertahun menggunakan pencuci muka Nutriwhite Shaklee (NW). Alhamdulillah memang sangat serasi. Malah yang paling best satu tube tu tahan berbulan-bulan tau baru habis. Hampir setahun jugaklah kalau pakai sorang. Jimat kan?

Cara Menghilangkan Make-Up
Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Membersihkan dan menyegarkan kulit
  • Rumpai laut menanggalkan kotoran, mengelupaskan sel-sel mati dan menegangkan kulit
  • Alga Hijau melembapkan kulit dan membersih hingga jauh ke dalam liang-liang kulit untuk menghapuskan toksin
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan meratakan tona kulit
  • Lembut dan menyegarkan

Apa yang best tentang Nutriwhite Deep foaming Cleanser ?

Cleanser NW ini menghasilkan buih-buih yang tersangat halus. Saiznya lebih kecil dari liang pori-pori di muka kita yang berupaya membersihkan minyak dan kotoran degil yang tersumbat di dalam
liang pori-pori di muka kita.

Tak percaya??? Cubalah rasa. Anda patut beli kedua-duanya. Nanti boleh kongsikan di bahagian komen entry ini pengalaman kawan-kawan pula.