Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Mengesan Dan Mengira Denyutan Nadi

Cara Mengesan Dan Mengira Denyutan Nadi

Walaupun kita boleh merasakan tekanan darah di bahagian leher, siku, kaki dan lain-lain tempat, pergelangan tangan adalah tempat yang paling mudah dan stabil untuk kita dapatkan bacaan denyutan jantung ataupun denyutan nadi yang bagus. Cara Mengesan Dan Mengira Denyutan Nadi adalah seperti di bawah ni.

 

Cara Mengesan Dan Mengira Denyutan Nadi

Letakkan jari telunjuk bersama jari tengah anda ke atas pergelangan tangan. Tekan di bahagian  bawah berdekatan dengan ibu jari anda (seperti dalam gambar di atas). Gerakkan dua jari disekeliling kawasan itu sehingga anda mengesan denyutan nadi.

Jika anda tekan terlalu kuat kerana dikhuatiri anda akan menyekat nadi dan bacaan nadi anda menjadi kurang tepat. Anda boleh mendapatkan bacaan yang dengan cara mengambil kiraan denyutan nadi dalam masa 15 saat sahaja. Ambil kiraan tersebut dan digandakan dengan 4.

Masa yang terbaik untuk mendapatkan kiraan denyutan nadi ialah sebaik sahaja anda bangun tidur. Sebaiknya sebelum anda turun dari katil anda. Cara yang terbaik untuk mengira maksimum denyutan nadi anda ialah sebaik saja  anda selesai melakukan aktiviti senaman.

Di bawah ini adalah carta denyutan jantung berdasarkan umur anda:

Berjaya Mengesan Dan Mengira Denyutan Nadi anda? Dah check anda berada dikategori yang mana? Tahniah jika anda berada dikalangan orang yang mempunyai jantung yang sihat. Jika tidak, jangan berputus asa. Teruskan mengamalkan cara hidup yang sihat dengan melakukan senaman dan mengambil pemakanan yang seimbang.

Nak tahu cara membaca tekanan darah dengan cara yang betul KLIK SINI.

Saya doakan anda Lebih Cantik dan Lebih Sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.