Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Membuat Stok Ayam Untuk Baby

Cara Membuat Stok Ayam Untuk Baby

Stok ayam boleh ditambah ke dalam bubur nasi bayi sebagai penambah rasa ala2 ajinomoto gitu. Kalau asyik makan benda yang sama jer kan cepat bosan plak. (Baby dah pandai memilih ker ?). Yang penting ianya berkhasiat dan sesuai untuk pertumbuhan baby.

Selepas kita masak, bolehlah dibekukan dalam freezer sama seperti frozen puree baby. Buat sikit-sikit dulu pun takper. Tengok selera anak dulu. Bawah ni adalah cara membuat stok ayam untuk baby. Selamat mencuba.

Stok Ayam Untuk Baby

Rebusan stok ayam

Bahan untuk membuat stok ayam baby:

  • ayam (tulang temulang)
  • bawang besar holland
  • bawang putih
  • carrot
  • celery stick
  • halia
  • rempah 4 beradik

Cara-caranya :

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.
  2. Letak air dan rebus sehingga ayam hancur.
  3. Lebih kurang dalam 2 jam. Apabila sudah siap dimasak, tapiskan ke dalam ais cube. Simpan dalam freezer. Dan bekukan. Siap!
stok kiub

Stok ayam boleh dibekukan seperti frozen puree baby

Bila nak masak bubur nasi baby, masukkan 2 ketul frozen stok ayam untuk setiap hidangan. Confirm sedap! Cubalah ! Anda boleh rujuk entry ini untuk ketahui cara-cara menyediakan bubur nasi dan puree yang sihat untuk bayi anda!

Peringatan : Jangan sesekali memasukkan garam ke dalam bubur bayi kecil anda kerana ia tidak bagus untuk kesihatan perut bayi yang masih kecil.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.