Cara Jalan-jalan Cari Port Makan Masa Bercuti

Cari Port Makan Guna Foursquare

Musim cuti sekolah memang musim yang ditunggu-tunggu. Nie lah masanya nak berjalan-jalan dan luangkan masa dgn anak2. Masalah yang selalu kita orang hadapi bila pergi bercuti-cuti ialah cari port makan yang best.

Terutamanya bila berjalan ke luar negeri ( luar dari negeri johor ler).  Tapi tu dulu-dulu. Sekarang tidak lagi. Meh saya tunjukkan Cara cari Port Makan Yang Best Masa Bercuti-cuti.

Kalau berjalan cuti-cuti setakat makan KFC, Pizza, Marrybrown tu, tak syok ler kan. Mesti cari port dan makanan yang ‘rare’ lagi exotic. Caranya tak susah. Masing-masing ada handphone kan.

Download saja App. Foursquare kat henpon anda. Gerenti anda tak menyesal. Saya dah gunakan App ni hampir 5 tahun (agak-gak jer lah).

Cara Jalan-jalan Cari Port Makan Masa Bercuti

Burgerak Kuantan. Saya makan mutton buritossss.

Setiap kali berjalan, selain jadi driver sepenuh masa, Saya juga bertanggungjawab mencari tempat makan yang rare. Memang akan bergantung pada App. Foursquare nie.

Foursquare akan tunjukkan rating setiap tempat berdasarkan vote dan rate pengunjung. Bukan saja tempat, pengunjung yang tinggalkan komen juga akan recommend makanan yang sedap kat kedai tu.

Jangan terkejut yer, walaupun sesetengah tempat tu pernah masuk rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (Kat TV3), tapi komen dari pengunjung kadang-kadang SEBALIKNYA!!!. Bukan tak sedap, kengkadang service kurang mesralah dan macam2 lagi.

foursquareCara Guna Foursquare

Cara-cara menganalisis port makanan menggunakan App. FourSquare.

1. Specifickan masa makan anda. Cari option macam kat bawah ni. (Kalau saya tekan ‘more’ kat kanan atas) Kalau nak dinner, klik kat “DINNER”.

Screenshot_2016-03-21-09-43-25

2. Nanti keluarlah list kedai yang ada disekeliling korang. Boleh filter kan ikut jarak atau rate sedap. Pandai2 lah koranglah belajar macam mana nak  filter kannya  nanti yer. Kalau rate 7 dan ke atas tu insyaAllah tak menyesal.

Okkkay.. sekarang saya kat kulai, Johor. Ada Warung Nasi Lemak Wak Kentut. Rate pun okkay. Boleh cuba try test. Tapi tak tau nak pergi macam mana…. Senang  jer. Cer Klik nama kedai tu.

Screenshot_2016-03-21-09-44-47

3. Okkay… alamat dah keluar. Cer  tekan ikon mangkuk biru ada nasi tu. Nanti App ni akan guidekan pakai google map or waze ker… SEBELUM TU.. Klik More.

Screenshot_2016-03-21-09-45-35

4.  See all 81 tips. Cer baca komen2 orang yang pernah sampai. Kalau ada expertise yang komen lagi bagus. Diorang akan suggest makanan yang paling best kat kedai tu. Kalau nasi lemak, of coz lah nasi lemak kan.

combined

 

Lain orang lain tastenya. Sepanjang saya menggunakan App nie utk cari makan, hanya sekali saja rating nya tak setimpal dengan yang sebenar. Mungkin tuan kedai rate sendiri kot. So rerajin baca komen pengunjung yer.