Cara Bancuhan ESP Yang Betul?

Cara Bancuhan ESP Yang Betul?

Cara Bancuhan ESP
Sebenarnya banyak cara / resepi untuk membancuh ESP. Kalau nak ikut resepi yang kat atas ni pun boleh. Kalau nak tau resepi-resepi bancuhan yang lain boleh klik link nie. Tapi kalau tak cukup bahan2, bolehlah ikut cara bancuhan ESP yang basic macam kat bawah ni. Very basic dan telah dipraktikkan oleh kebanyakkan pengamal tegar ESP termasuk saya.

1. Bancuhkan 1 sudu besar ESP bersama air masak mati (air kosong). Boleh juga dicampurkan bersama air  sejuk atau air yang suam2 kuku seperti milo, horlicks, susu, yogurt, jus atau oren.
2. JANGAN BANCUH dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
3. Sebaiknya gunakan ‘SHAKER‘.

Tak semestinya kena gunakan shaker Shaklee. Boleh guna shaker-shaker biasa yang jual kat kedai, harganya bawah 5 ringgit. Sebab apa kena pakai Shaker? Kalau dibandingkan kacau gunakan sudu dan ‘shake’ menggunakan shaker, memang jauh berbeza. Kalau gunakan Shaker, ESP tu akan larut sepenuhnya dengan air. Insya-Allah kurang rasa sebatian serbuk ESP masa minum nanti.

1743485_646630995373027_746710365_nESP ni kalau dibancuh dengan air masak semata, terus terang saya cakap, mungkin susah nak telan. Sebaiknya campur dengan air berperisa yang lain. ESP kat pasaran malaysia hanya berperisa Vanilla. Kalau kat negara lain mungkin anda boleh jumpa perisa-perisa yang lain.

Namun, diingatkan.. ESP tidak boleh diambil lebih daripada 3 sudu besar sehari. Ada sebabnya kenapa perlu dihadkan. Nanti saya akan terangkan dalam entri lain. As for now, just keep in mind.. bersederhana adalah terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.