Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Baca Tekanan Darah Yang Betul

Cara Baca Tekanan Darah Yang Betul

Anda dikatakan mengalami tekanan darah tinggi apabila bacaan tekanan darah anda semasa rehat melebihi 140/90 mmHg untuk dua atau lebih bacaan yang diambil semasa 2 atau lebih temujanji bersama doktor. Mari kita belajar Cara Baca Tekanan Darah Yang Betul.

Cara Baca Tekanan Darah Yang Betul

Terdapat 5 tahap tekanan darah :

Tekanan Darah Normal
Tahniah jika tekanan darah anda berada dalam julat normal. Iaitu pada julat kurang daripada 120/80 mmHg. Teruskan gaya hidup anda yang sihat. Kekalkan diet yang seimbang dan teruskan aktiviti riadah anda.

Prehypertension (Tekanan darah tinggi – Peringkat Awal)
Tekanan darah tinggi – Peringkat Awal berlaku apabila tekanan darah anda secara konsisten berada pada julat antara 120-139/80-89 mm Hg. Orang yang sebegini mempunyai potensi untuk mengalami tekanan darah tinggi jika tidak dikawal.

Hypertension Stage 1 (Tekanan darah tinggi – Peringkat 1)
Tekanan darah tinggi – Peringkat 1 berlaku apabila tekanan darah anda secara konsisten berada pada julat antara 140-159/90-99 mm Hg. Pada tahap ini selalunya doktor akan menasihatkan pesakit untuk mengubah gaya hidup dan akan diberikan ubat tekanan darah tinggi jika diperlukan.

Hypertension Stage 2 (Tekanan darah tinggi – Peringkat 2)
Tekanan darah tinggi – Peringkat 2 berlaku apabila tekanan darah anda secara konsisten berada pada julat melebihi 160/100 mm Hg. Pada peringkat ini doktor akan menasihatkan pesakit untuk mengambil ubat tekanan darah tinggi disamping menyarankan gaya hidup sihat yang sepatutnya.

Hypertensive crisis (Krisis Tekanan Darah Tinggi)
Pada tahap ini pesakit perlu mendapat rawatan perubatan dengan segera. Jika tekanan darah anda melebihi 180/110 mmHg dan pada masa yang sama anda tidak mengalami gejala penyakit seperti sakit dada, kesukaran bernafas, sakit belakan, lemah-lemah badan, perubahan pada penglihatan atau kesukaran bertutur, sila tunggu lebih kurang 5 minit dan ambil semula bacaan.

Jika bacaan masih sama atau lebih tinggi, sila telefon 999 untuk mendapatkan bantuan kecemasan.

Bacaan Tekanan Darah Anda dan Maknanya

 

 

Bacaan tekanan darah anda direkodkan dalam bentuk dua nombor:

Tekanan Darah Systolic  (nombor yang atas) — menunjukkan tekanan darah anda yang melalui saluran arteri anda apabila jantung anda mengepam darah.

Diastolic blood pressure (nombor yang bawah) — menunjukkan tekanan darah anda yang melalui saluran arteri anda apabila jantung dalam keadaan rehat (tekanan diantara 2 denyutan jantung).

 

Bacaan mana yang lebih penting?

 

bacaan tekanan darah

SYS: 120, DIA: 80, Pulse: 72

Kebiasaanya, perhatian akan diberikan lebih kepada bacaan tekanan darah systolic. Bacaan systolic mampu mengesan kebanyakan pesakit yang mempunyai faktor risiko menghidapi penyakit jantung terutamanya yang berumur 50 tahun dan keatas.

Kebanyakan orang meningkat usia akan mengalami peningkatan bacaan tekanan darah systolic kerana disebabkan oleh pengerasan salur darah, pengenapan kolesterol di sekeliling salur darah dan peningkatan kes penyakit jantung.

Walaubagaimanapun, kenaikan tekanan darah systolic ataupun diastolic itu sendiri juga mampu digunakan untuk mengesan keadaan tekanan darah tinggi. Berdasarkan kajian, risiko kematian orang yang berumur diantara 40 ~ 89 yang disebabkan oleh penyakit jantung ischemic dan strok akan meningkat dua kali ganda pada setiap 20 mmHg systolic atau 10 mmHg Diastolic.

Jadi sekarang dah faham Cara Baca Tekanan Darah Yang Betul. Sekarang belajar cara mengira denyutan jantung anda dengan jari DI SINI.

Sumber: heart.org

Amalkanlah cara hidup yang sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.