Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Cara Atasi Tidur Berdengkur Kuat?

 Cara Atasi Tidur Berdengkur Kuat

Berdengkur ditakrifkan sebagai bernafas dengan menghasilkan bunyi keras disebabkan oleh getaran lelangit melalui mulut dan hidung yang terbuka semasa tidur. Tahukah anda Cara Atasi Tidur Berdengkur Kuat?

Cara Atasi Tidur Berdengkur Kuat

Adakah berdengkur perkara biasa?

Dianggarkan 40% penduduk dewasa mengalami berdengkur. Persepsi mengenai berdengkur adalah berbeza-beza mengikut individu yang menjawab soalan (samada pendengkur atau teman tidur), cara soalan itu diajukan, dan samada teman tidur pendengkur ada semasa sesi temuramah dijalankan.

Saiz badan orang yang berdengkur adalah pelbagai. Secara umumnya, masalah berdengkur meningkat apabila usia dan berat badan individu meningkat.

Masalah berdengkur sering dirujuk kepada pihak kesihatan. Kesedaran mengenai apnea (pernafasan terhenti beberapa ketika semasa tidur) yang semakin meningkat sehinggakan terdapat individu mengesyaki mereka menghadapi penyakit.

Terdapat juga individu yang mahu melakukan sesuatu terhadap bunyi dengkur agar tidak mengganggu teman tidur serta mengelakkan rasa malu
(contohnya semasa berkongsi bilik hotel atau semasa melancong).

Bagaimana dengkur dihasilkan?

Berdengkur adalah bunyi yang dihasilkan oleh struktur saluran pernafasan atas yang bergetar. Apabila tidur, ruang di belakang tekak kadang-kadang menjadi sempit. Udara yang melalui ruang sempit ini menyebabkan tisu di sekitar ruang yang sempit ini bergetar dan menghasilkan bunyi dengkur.

Punca ruangan menjadi sempit antara individu adalah berbeza. Penyempitan boleh berlaku dalam hidung, mulut atau tekak.

berdengkur

Kesan berdengkur

Berdengkur adalah tanda seseorang mempunyai masalah yang lebih serius. Orang yang berdengkur perlu diperiksa untuk memastikan bahawa dengkuran bukan tanda apnea tidur obstruktif, sindrom rintangan saluran pernafasan atas, insomnia atau gangguan tidur yang lain.

Bagaimana untuk mengetahui berdengkur mungkin memudaratkan?

Berdengkur merupakan gejala penyakit. Sejarah/latarbelakang berdengkur dan pemeriksaan fizikal pendengkur dapat menentukan kebarangkalian masalah apnea.

Kajian telah mengenal pasti beberapa faktor risiko (contohnya berat badan berlebihan, alkohol, alahan, hidung tersumbat, otot kendur, atau merokok). Namun, hanya berlebihan berat badan, alkohol, dan hidung tersumbat (semasa musim alahan) sahaja yang berkaitan dengan berdengkur.

Jika anda mula berdengkur atau dengkuran menjadi lebih teruk, anda perlu mengawasi samada terdapat perubahan dalam mana-mana faktor risiko ini.

Cara atasi tidur berdengkur menggunakan produk Shaklee

Jika anda menghadapi masalah berdengkur, sila tonton video ini dahulu. Ikhtiar untuk anda mungkin terdapat dalam video ini .

7 Efek Kesihatan Dengan Omega Guard!

  1. Tiada lagi dengkuran waktu tidur.
  2. Sakit kaki berkurangan.
  3. Kebas tangan tiada.
  4. Batuk berkahak tiada.
  5. Resdung berkurangan.
  6. Daya ingatan meningkat.
  7. Badan rasa panas (tak mudah sejuk).

Omegaguard

Nyahkan dengkuran anda dengan Shaklee Omega Guard !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.