Cara Atasi Masalah Selsema

Cara Atasi Masalah Selsema

Selsema boleh disebabkan Virus  atau Alahan. Selsema tidak mempunyai vaksin. Tetapi ianya boleh dielak dan di kawal. Saya kongsikan tip Cara Atasi Masalah Selsema.

Cara Atasi Masalah Selsema

Selsema Akibat Virus

Virus selsema boleh merebak dari individu ke individu tanpa memerlukan perantaraan seperti makanan, air dan binatang. Secara amnya, virus selsema boleh tersebar melalui:

  1. Titis-titis air yang keluar dari sistem pernafasan dan bersin.
  2. Menyentuh hidung, mata atau mulut menggunakan tangan yang tercemar oleh virus selsema.
  3. Menyentuh kawasan permukaan yang dicemari virus selsema seperti tombol pintu, pili paip, dll. (Kawasan bekas sentuhan dan bersin pesakit selsema).

Selsema Akibat Alahan

Selsema juga boleh berlaku akibat alahan. Reseptor imun di dalam hidung akan bertindak-balas terhadap benda asing yang masuk ke dalam hidung dengan mengeluarkan cecair histamin :

  1. Debu atau habuk
  2. Pemakanan (makanan laut)
  3. Asap rokok
  4. Suhu

Cara Mengelakkan Dijangkiti Selsema

  1. Kerap membasuh tangan.
  2. Menjauhi kawasan yang dicemari asap rokok.
  3. Menjauhi kawasan yang berhabuk dan berdebu.
  4. Menjauhi individu yang sedang selsema.
  5. Meningkatkan imun badan dengan mengambil pemakanan seimbang.
  6. Susu ibu adalah merupakan sumber perlindungan yang terbaik bagi bayi di bawah usia enam bulan.

Cara Atasi Masalah Selsema

  1. Mengambil ubat (@anti-histamin) mengikut nasihat doktor.
  2. Rehat secukupnya (Cukup tidur).
  3. Elakkan terdedah kepada cuaca sejuk berlebihan.
  4. Memakai penutup mulut.
  5. Mengelap hingus menggunakan tuala yang bersih. (Penggunaan tisu tidak digalakkan – berdebu)
  6. Minum air secukupnya.
  7. Rehat di kawasan yang mempunyai sistem pengudaraan yang baik dan bersih.
  8. Sekiranya berlaku kompilasi seperti jangkitan dada atau telinga, hendaklah berjumpa dengan pakar perubatan.

Info Vitamin

Selain mengatasi masalah selsema dengan kaedah-kaedah diatas, pengambilan ubat atau supplemen boleh membantu memulihkan kesan selsema dari terus berlarutan.

Vitamin C bukan sahaja berfungsi sebagai anti oksidan utama tetapi juga satu anti virus kuat selain berfungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat. Vitamin C juga merupakan agen anti-radang dan anti histamina… baca lagi disini.

Supplemen Shaklee yang dicadangkan untuk mereka menghadapi masalah selsema dan alergi. Klik Sini