Cabaran Langsing Sambil Breastfeeding

Cabaran Langsing Sambil Breastfeeding

Haa…baru baca tajuk je dah teruja kan. Nampak je perkataan LANGSING, cepat-cepat je nak baca apa kisah selanjutnya kan. Sememangnya naluri perempuan tidak dapat dipisahkan dengan keinginan sentiasa tampak LANGSING dan CANTIK kan. Lagi-lagi bila nak sahut Cabaran Langsing Sambil Breastfeeding.

Cabaran Langsing

Memang dah jadi lumrah apabila seorang perempuan mengandung, sudah tentu berat badan akan bertambah dari hari ke hari, bulan ke bulan sehinggalah saat melahirkan. Masa mengandung apa saja makanan yang terlintas di fikiran terus sambar tanpa berfikir panjang. Orang kata takut bayi kempunan la dan macam-macam lagi.

Sebenarnya bukan tak boleh nak makan apa yang diingini ketika mengandung, yang penting makan jangan sampai keterlaluan. Cukuplah sekadar merasa. Sentiasa beringat agar jangan makan berlebihan kerana ini bukan sahaja boleh memudaratkan si ibu, malah boleh juga mendatangkan masalah kepada bayi dalam kandungan. Contohnya jika pengambilan gula yang berlebihan ketika mengandung, boleh menyebabkan kandungan gula dalam darah bayi tinggi. Nauzubillah.

Berbalik pada kisah mahu kurus selepas bersalin. Kita selalu dengar fakta yang mengatakan menyusukan bayi (breastfeeding) dapat membantu menurunkan berat badan ibu. Fakta tersebut memang benar namun TIDAK semua ibu yang breastfeeding anak-anak mereka berjaya menurunkan  berat badan mereka. Ini mungkin juga disebabkan faktor permakanan ibu itu sendiri atau mungkin faktor stress.

Penat dengan kerja di pejabat, kerja rumah yang tidak pernah habis. Sehinggakan ibu-ibu tidak punya masa untuk berfikir tentang KURUS. Tapi hakikatnya siapa yang taknak kurus? Betul tak?

Saya tertarik dengan kisah seorang ibu (cik pau) yang pada mulanya mengambil supplement Shaklee untuk tujuan penyusuan tetapi mendapat BONUS berat badannya berkurangan!! Boleh dapat kembali berat sebelum beliau mengandung. Hebat bukan? Jom kita ikuti kisah beliau & ketahui vitamin Shaklee yang beliau amalkan sehingga kembali LANGSING selepas 6 bulan mengambil supplement Shaklee dengan disiplin.

Cabaran Langsing Sambil Breastfeeding

credit to cik pau

 

“cik pau, makin kurus laa sekarang.. “

“cik pau, naper nampak mcm kecik jerk…? “

“eh laa… cik pau ker? tengok dari belakang dah kurus laa… “

“wah pau.. diet ker? dah kurus skang eh…”

“naper nampak mcm makin kurus? cik pau tak sihat ker? “


Tiba datang persoalan di benakku… gemok sangat ker sebelum nih sampai orang perasan badan aku dah susut? huhuhu… kompius.. sungguh kompius sebab aku tak de niat nak turunkan berat badan dan tak merancang pun nak berdiet.

Bayangkan ler… masa bujang aku dulu berat 57kg. agaknyer happy dapat bopren, masa kawen berat aku 63kg. masa mengandung pun paling tinggi berat aku naik 73kg. lepas bersalin yang ke 3 nih last check 58kg. kira okeh laa tu. tapi kalau ikut BMI berat paling optimum aku kena maintain 55kg.

Tak puas ati orang asik cakap aku kurus… bukan tak suka. kalau yang tegur tu orang perempuan aku tak kisah laa… ada yang tegur tu kawan2 jantan seopis. tengok dari atas ke bawah… dari bawah ke atas… tak meremang bulu roma? lagi satu aku pun heran mcm mana boleh kurus. nak kata sekat makan pun tidak. tak cukup makan pun tidak. untuk nak puaskan hati aku pun menimbang diri kat umah. jeng jeng jeng….


Bacaan menunjukkan 51kg. uishss… biar benar..?? penimbang nih salah kot. aku timbang kak ngah utk jadi piawai. kak ngah nih mmg 10kg jerk berat dia. tengok2 betul 10kg. aku timbang lagi diri sendiri… sah!!!! mmg berat aku skang 51kg. patut laa orang asik tanya rahsia bleh kurus.


Fikir punya fikir baru laa aku perasan. sejak 6 bulan makan vitamin shaklee mmg ada perubahan. mungkin kerana alfalfa banyak  membantu dalam sistem penghadaman dan vitamin2 lain juga memberi manfaat kepada badan maka sistem dalam badan menjadi terkawal dan dapat berfungsi dengan baik. tak sangka plak makan vitamin bleh kurus. tak payah nak cari ubat kurus ek… asalnya aku guna shaklee nih untuk tambah susu badan. tak sangka sambil tu dapat kurangkan berat badan.

 

 

Nak tau vitamin apa yang cik pau amalkan?

  1. Vita-Lea
  2. B-Complex
  3. Vitamin C
  4. Alfalfa Complex
  5. Ostematrix
  6. Vitamin E
  7. Omega Guard
  8. ESP

Jom kita tengok apa khasiat di sebalik setiap vitamin/supplement di atas..

B-COMPLEX – Penting dalam membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, lemak & protein. Merupakan Anti stress (sebagai penenang). Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan (glukos) kepada tenaga dan membantu sentiasa berfikiran positif (mood baik).

VITA-LEA – Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Penting dalam proses pembentukan sel darah merah. Best ever vitamin in shaklee.

VITA-C – Membantu meningkatkan tahap sistem pertahanan badan, kesihatan tulang, gusi, gigi serta juga struktur am badan, membantu memulihkan resdung dan bersin pada waktu pagi, membantu dalam proses pemulihan kudis dan luka, membina kalogen untuk kulit yang sihat, bertindak sebagai antioksidan, meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging.

ALFALFA – Membantu perkumuhan (lebih lawas) dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pada baby..susah nak kena kembung.

OSTEMATRIX – Sumber kalsium yang penting sebagai makanan tulang dalam badan kita. Kalau tak mampu atau tidak suka minum susu, boleh ganti kalsium dengan mengambil osteomatrix.

Dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.

Bilangan kalsium dalam darah akan  berkurangan apabila si ibu didatangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.

Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

VITA-E – Sangat baik untuk kulit iaitu melambatkan proses penuaan, mencegah segala pertumbuhan abnormal sel terutama kanser, sangat  membantu dalam aspek kesuburan dan membantu mempercepat proses baikpulih luka. Vitamin E juga membantu pengaliran darah dengan lebih lancar serta membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual.

OMEGA GUARD – Omega guard ialah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang terjaga. Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak Omega-3 yang asli dan menghalangkan pencemaran termasuk logam berat, merkuri, kadmium dan sebagainya.

Ia juga membantu meningkatkan kandungan DHA dalam susu badan di samping membantu mempertingkatkan lagi kesihatan jantung dan memberi daya ingatan yang baik terhadap ibu dan anak. Selain daripada itu, ia juga membantu memecahkan lemak di dalam tubuh kita.

ESP (energizing soy protein) – Memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran,  mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.

 

Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran?

Soya Shaklee adalah non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah.

~ Cabaran Langsing Sambil Breastfeeding ~