Bukti Shaklee Landmark Study

Shaklee Landmark Study

Shaklee Landmark Study merupakan satu kajian penting mengenai suplemen makanan yang dilakukan di Amerika Syarikat gabungan usahasama University of California dan Shaklee Corporation.

Landmark Study adalah satu kajian menyelidik corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan; serta membuat perbandingan dengan bukan pengguna (tidak mengambil sebarang suplemen) dan juga pengguna suplemen multivitamin/mineral tunggal.

Shaklee Landmark Study

Shaklee Landmark Study

 KAEDAH

Melalui reka bentuk kajian keratan rentas, maklumat diperoleh melalui soal selidik dalam talian dan pemeriksaan fizikal (paras darah ketika berpuasa, tekanan darah dan berat badan) melalui sampel mudah dapat daripada Tinjauan Pemeriksaan Kesihatan dan Pemakanan Kebangsaan (National Health and Nutrition Examination Survey, NHANES) 2001-2002 dan NHANES III 1988-1994.

Kaedah regresi logistik digunakan untuk menganggarkan nisbah ganjil dengan selang keyakinan 95%.

  1. Data untuk pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen pemakanan Shaklee Corporation untuk jangka panjang (pengguna Berbilang Suplemen, n=278).
  2. Data untuk bukan pengguna (Tiada Suplemen, n=602).
  3. Data untuk pengguna suplemen multivitamin/mineral (pengguna Suplemen Tunggal, n=176).


KEPUTUSAN

  • Suplemen makanan yang diambil setiap hari oleh lebih daripada 50% pengguna Berbilang Suplemen merangkumi multivitamin/mineral, B-kompleks, vitamin C, karotenoid, vitamin E, kalsium dan vitamin D, asid lemak omega-3, flavonoid, lesitin, alfalfa, koenzim Q10 dengan resveratrol, glukosamina, dan suplemen herba untuk rangsangan imun.
  • Kebanyakan wanita juga mengambil asid gamma linolenik (GLA) dan suplemen probiotik.
  • Manakala kaum lelaki pula dilihat kerap mengambil zink, bawang putih, saw palmetto dan suplemen protein soya.
  • Kepekatan nutrien di dalam serum secara amnya meningkat dengan penambahan suplemen. Selepas pelarasan umur, jantina, pendapatan, pendidikan dan indeks jisim tubuh, penggunaan suplemen yang banyak telah dikaitkan dengan bacaan yang lebih baik untuk serum homosisteina, protein C-reaktif, kolesterol lipoprotein berketumpatan tinggi dan trigliserida, serta pengurangan risiko tekanan darah tinggi dan diabetes.
Keputusan Landmark Study

Keputusan Landmark Study

Dalam semua kategori, pengguna produk Shaklee mempunyai tahap kesihatan yang paling baik !

KESIMPULAN

Kumpulan pengguna berbilang jenis suplemen makanan jangka panjang ini mengambil pelbagai jenis vitamin/mineral dan herba secara harian, di samping suplemen yang khusus untuk sesuatu keadaan tertentu.

Mereka lebih berkemungkinan mempunyai paras biopenanda penyakit kronik yang optimum, dan kurang berkemungkinan mempunyai tahap nutrien di dalam darah yang berada di bawah paras optimum (suboptimum), tekanan  darah tinggi dan diabetes berbanding bukan pengguna dan pengguna multivitamin/mineral tunggal.

Penemuan ini perlu disahkan dengan mengkaji corak penggunaan suplemen makanan, kesihatan dan taraf pemakanan pengguna yang mengambil berbilang jenis suplemen makanan dalam  kumpulan lain.

Gabungan Pengarang:

  • Gladys Block
    PhD, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Christopher D. Jensen
    PhD, MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Edward P. Norkus
    PhD, Department of Medical Research, Our Lady of Mercy Medical Center, Bronx, NY
  • Tapashi B. Dalvi
    MPH, School of Public Health, University of California, Berkeley, CA
  • Les G. Wong
    BS, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Jamie F. McManus
    MD, Shaklee Corporation, Pleasanton, CA
  • Mark L. Hudes
    PhD, Nutritional Sciences, University of California, Berkeley, CA

Anda boleh baca maklumat lanjut dan lihat published Journal di laman web www.landmarkstudy.com . Atau boleh muaturun DI SINI.

Produk Shaklee bukan sebarangan produk. Kajian demi kajian, ujian demi ujian setiap tahun masih terus dilakukan ke atas produk Shaklee demi memastikan setiap produk Shaklee SELAMAT untuk dimakan dan digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.