Bovine Gelatine Shaklee Halal?

Bovine Gelatine Shaklee Halal?

Memandangkan ada segelintir pengguna yang agak ragu-ragu dengan isu bovine gelatin Shaklee halal atau tidak, saya terpanggil nak kongsikan status HALAL Shaklee agar kita semua boleh terus amalkan Vitamin Shaklee tanpa was-was lagi selepas ini. InsyaAllah!!

Benarkah bovine gelatine Shaklee HALAL?

Bovine Gelatine Shaklee Halal

Pengalaman 4 tahun menimba ilmu di negara matahari terbit yang majoriti penduduknya non-muslim, menjadikan saya sudah terbiasa untuk membelek segala ingredients setiap satu2 makanan, walaupun sebiji gula-gula. (^-^) Nak beli barang2 keperluan lain pon tetap kena tengok. (coz some products were made from pig skin).

Walaupun dah pernah membeli makanan itu beratus kali, rasanya tak sah kalau tak perhatikan dulu bahan2nya sebelum masukkan dalam trolley. Tapi, sebab dah terbiasa, jadi tidaklah mengambil masa yang lama untuk belek semua ingredients tue. Perkataan penting yang mata saya alert selain encik b4b1 ialah “gelatine“.

Bila menggunakan supplements Shaklee, perkara pertama yang saya periksa pastilah status ke’halal’an nya. Bila dah ada, barulah rasa yakin untuk consume. Namun, sekali lagi hati saya terdetik, apabila terlihat yang kapsul CarotoMax (Vit-A), Vitamin E, Lecithin, GLA & OmegaGuard diperbuat daripada Bovine Gelatine.

Terkejut juga saya apabila ternampak perkataan “Bovine” di situ. Kerana selama ini saya sangkakan ianya kapsul tumbuh-tumbuhan. Lantas, saya terus hubungi senior Shaklee untuk kepastian. Alhamdulillah, dia yakinkan saya yang gelatin Shaklee adalah HALAL. Ibu & bapanya sendiri pernah pergi ke Shaklee U.S. untuk melihat sendiri bagaimana supplements Shaklee dihasilkan. Menurut mereka, memang diasingkan pembuatan untuk negara Islam & bukan Islam. Memang unik dan kagum. Syukur!

Untuk makluman pengguna Shaklee yang masih ragu-ragu akan ke’HALAL’an nya (seperti saya sebelum ini), di bawah ini saya sertakan Sijil Halal Shaklee 2016. Untuk status halal yang terkini KLIK SINI.

Sijil Halal Shaklee 2016

Sijil Halal Shaklee 2016

Ini pula bukti yang menunjukkan ISA ini diiktiraf oleh JAKIM. Boleh lihat di laman web JAKIM untuk meyakinkan diri anda lagi. Senarai Badan Islam Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM (KLIK SINI!)

Lega tak? Hehehe. Yang pasti, saya sangat lega. Mudahlah untuk saya yakin kan pengguna Shaklee selepas ini. Kalau tidak, masakan Shaklee ada menganjurkan Pakej Umrah bersama Shaklee. Betul tak? Syukran! Syukran!

BTW, untuk rakan2 yang berada di negara selain Malaysia, sila rujuk pada Shaklee Distributor anda ya. Saya tidak pasti bagaimana pemprosesan di negara lain. Pernah juga saya buka Shaklee Japan, tapi produk yang tersenarai juga agak berbeza dengan di Malaysia. Maka, saya tidak pasti, status halal gelatin mereka.

Yang pasti, untuk pengguna Malaysia, segala produk telah dihasilkan di US, dan di bawa masuk ke Malaysia, dan produk ini telah diktiraf halal oleh Islamic Services of America (ISA). Jadi lepas ni dah tak perlu ragu-ragu atau was-was lagi tentang status HALAL Shaklee ni ye kawan2! (^-^)