Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bisnes Shaklee Secara Online

Bisnes Shaklee Secara Online

Bisnes Shaklee Melalui Blog
Bukan senang mahu senang. Bisnes Shaklee secara online bukan semudah yang disangka. Ada pro and cons nyer juga. Untuk sampai ke tahap website yang ada hari ini, macam-macam proses pembelajaran yang telah saya lalui.

Pada awal-awal penglibatan saya dengan blog dulu, SEO, wordpress, .com semunya tak tau. Semuanya kena google dan google. Baca dan baca. Masa tu facebook tak boom macam sekarang. Daripada website rahsiavitamin.blogspot.com ker rahsiavitamin.com semuanya buat sendiri tanpa sifu. Just do it.

Dari hari ke hari, belajar sikit-sikit ilmu SEO, ilmu penulisan artikel (boleh lah), ilmu menghias website, ilmu mengedit gambar, dll. Banyak lagi yang kena belajar. Apa-apapun, yang penting ialah menghasilkan artikel yang mudah dibaca, menarik dan berguna untuk pembaca.

Sekarang ni dah mudah. Kalau nak buat blog ker, facebook ker, instagram ker,  banyak sifu2 yang sedia mengajar secara online. Nak tak nak jer kan. Nak seribu daya tak nak seribu dalih. Kadang-kadang sebenarnya kita tak tahu apa yang kita tak tahu. Kalau dah sampai tahap tu, saya syor kan pergilah cari mentor.

Ingat yer, mentor bukan guru anda yang akan suap anda A to Z. Mentor akan hanya guide anda berdasarkan pengalamannya. Mentor hanya akan tunjuk apa yang perlu anda buat untuk move forward. Kalau mentor kata pergi belajar Instagram dari sifu A, pergilah belajar. Mentor bukannya pakar dalam semua bidang. Mentor akan tunjukkan pintu, anda sendiri yang perlu buka dan masuk.

Kalau dah rezekinya di dalam bisnes online, pusing-pusing ke situ juga. Bak kata Irfan Khairi, buat bisnes dari benda yang kita suka buat. In-sya-Allah akan boleh bertahan lama. Yang penting jangan tipu orang. Perkongsian ilmu tentang kesihatan dan keberkesanan produk untuk sakit tertentu pastinya akan menarik pembaca untuk datang melihat blog kita. Betul tak?

2 Comments
  1. Noriza Rahman 3 years ago
  2. mrhanafi 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.