Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bila kena semput / Asma, 1 dos “Nebulizer” di klinik tak berkesan

Bila kena semput / Asma, 1 dos “Nebulizer” di klinik tak berkesan

Bila kena semput
Muka tak puas hati kena pasang oksigen

Allahuakbar… Saya nak berkongsi cerita  pasal anak saya yang bila kena semput atau Asma dan 1 dos Nebulizer yang dah tak berkesan.

Bila tiba musim jerebu macam sekarang, semua orang sharekan  tip2 kesihatan macammana nak elakkan kesan jerebu kat kesihatan masing2. Walaupun langkah2 pencegahan dah kita buat seperti:

  • Pakai ‘mask’ sentiasa.
  • Minum air kosong banyak2.
  • Jangan main kat luar.
  • Tutup tingkap dan pintu, pakai “econ” jer.
  • dan lain-lain.

Tapi sakit tu nak datang kita tak boleh jangka. Walaupun emaknya penjual vitamin kesihatan, tapi tak
semestinya anak2nya semuanya sihat belaka. Tak semua anak2 BOLEH makan vitamin dan tak semua anak2 NAK makan vitamin macam orang dewasa. Termasuklah anak2 saya.

Anak saya sekarang nie umurnya 6 tahun. Anak saya nie special sikit semputnya. Dia punya semput bukan macam semput biasa. Dia boleh tahan sejuk, dia boleh minum air peti sejuk, boleh makan ais krim macam budak2 lain. Tapi dia akan kena semput bila dia batuk.

Benda tulah yang kami sentiasa jaga, jangan sampai dia kena batuk. Tapi kalau dah kena batuk2 + selsema, memang kena intensif care kat dia takut semput menyerang. Semoga dah besar nanti semputnya hilang.

Tanda-tanda semput
Nak tau anak2 kena semput. Check bawah nie:

  • Macam biasa,bernafas laju dan simptom2 susah nak nafas.
  • Lekuk kat dada.
  • Jantung berdegup laju.
  • Letak telinga korang kat dada anak, ada bunyi whistling.

Nebulizer
Bila ada tanda-tanda semput (Asma) jer, macam biasa lah kami akan bawa pergi klinik swasta untuk amik gas (Nebulizer). Dulu masa kecik2 memang dia tak faham dia kena semput. First time nak kena terkup nak amik gas, punya menangis meraung2.

Tapi sekarang bila dah besar dia dah faham. Bila kena selsema, batuk,  dan susah nak nafas, dia sendiri akan cakap;

” Ibu, Areel nak sedut gas”.

Kalau dia dah cakap macam tu, memang tak banyak cerita, memang kami terus bawa pergi klinik amik neb. Sekali amik neb, duit sebelah tangan memang terbang (kosnya paling kurang RM50).

Last few month, memang mengajar kami tentang Semput dan Nebulizer. Last time dia kena semput, sampai dua kali kami hantar dia amik neb kat klinik swasta. Tapi, tanda2 semput dia tak berkurang. Bukan tak mampu, tapi kalau dah tak berkesan bengang jugak.

Emergency
Kebetulan hari tu hari Jumaat, tghr tu dia punya semput makin menjadi2. Semua klinik swasta kat kwsn kediaman kami nie semua tutup. Orang rehat tghr dan pergi solat Jumaat. No choices!!! Terus hantar pergi emergency (hospital).

Masuk emergency kena amik neb sampai 3 ker 4 kali baru boleh bernafas mcm biasa. Tu pun bacaan oksigen dalam darah masih tak okay. So kena tahan masuk wad siap kena pasang oksigen kat hidung lagi. Memang tak pernah terfikir sampai teruk gitu sekali dia punya semput.

Sebelum nie bukan tak nak hantar pergi hospital. Dulu masa umurnya dalam 3 ~ 4 tahun, 1 dos neb, dia dah boleh bernafas mcm biasa. So amik neb kat klinik rasanya dah memadai. Dan waktu menunggu tak lah lama sangat.  Tapi kali dia tak mcm tu. Tak tau lah sebabnya mungkin berat badannya dah bertambah ker~??.

Kena lagi
Malam semalam, dia kena semput lagi. Memang dah tak pikir nak hantar pergi klinik dah. Takut jadi kes macam dulu. Terus hantar pergi Emergency.  Lepas amik neb tu, Alhamdulillah boleh balik… nampak macam okkay jer. Terlompat-lompat dengan kakaknya.

Bangun pagi tu tengok nafasnya makin laju. Check balik dadanya, jantungnya, confirm semputnya tak elok lagi. Siap2 dengan tak mandinya terus hantar balik pergi emergency. Neb 4 dos + ubat alahan (masuk ikut salur darah). Apalagi meraung ler kena cucuk.

Kena tahan wad lagi. Cuma kali ni tak pasang oksigen macam kes yang dulu. 2 jam sekali kena amik neb. Tengok memang macam sihat jer. terlompat2, tercuit2 tapi sebenarnya level oksigen dalam darahnya cukup2 makan jer tu. Tengah dalam pemerhatian lagi. Harap2 boleh keluar cepat.

Untuk ibu2 dan ayah2 baru (yang baru dapat anak), kalau ada anak  yang mempunyai simptom2 semput / Asma, cepat2 ler bawa pergi check. Jangan sampai tercungap-cungap baru nak bawa pergi klinik / hospital yer.

Perbezaan klinik dan hospital of course lah berbeza. Jimat tu memanglah jimat. Dari segi kelengkapan dan kelengkapan hospital much better than klinik. Kalau dah tau anak2 kita ada kes semput yang kronik, better bawak pergi hospital kot kalau dekat dengan hospital.

To our ‘penghibur hati’ Areel Hayyan, ayah dan ibu doakan semoga Areel cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala. Dan semoga semputnya hilang terus. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tak sanggup nak tengok mulut Areel tercungap2, dada berombak2 nak bernafas. Aamiin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.