Tahukah anda tempoh pemulihan selepas
bersalin amat penting bagi seorang ibu demi mengekalkan kesihatan serta
kecantikan luaran dan dalaman mereka? Ini dikenali sebagai tempoh
berpantang.
Lazimnya, masyarakat Melayu berpantang selama 40 hari bagi mengembalikan kecergasan wanita.
Amalan
seperti berurut, bertuam, bertungku, berbengkung, dan berbarut mungkin
agak melecehkan bagi sesetengah orang tetapi kesan dan hasilnya dapat
dilihat dalam jangka masa panjang.
Pun begitu, amalan ini semakin dipandang remeh dan diambil ringan oleh ramai wanita hari ini terutamanya bagi ibu-ibu muda.