Berikan Yang Terbaik Untuk Setiap Perkara

Berikan Yang Terbaik

“Berikan yang terbaik kepada setiap insan sebagaimana anda ingin diperlakukan oleh mereka.”

Berikan Yang Terbaik

Pesan cikgu saya kalau nak kasi sesuatu kat orang tu, kasilah benda yang masih elok dan sempurna. Kalau nak sedekah pakaian yang dah tak guna tu, sedekahlah pakaian yang masih sempurna dan tidak koyah.

Selalu saya perasan, kalau orang nak dermakan pakaian untuk mangsa banjir ker, untuk orang gelandangan ker, semua main campak jer, semua main longgok jer. Apa salahnyer sebelum serah dekat AJK yang bertanggung jawab tu, kita asingkan ikut kategori. Kalau baju, susun semua baju. Kalau selimut atau toto, susun ikut jenisnya.

Nak lagi bagus, bungkuskan dalam plastik, tulis pakaian jenis aper, saiznya, kuantitinya. Kan senang orang yang menguruskannya. Insya-Allah ada keberkatannya. Janganlah cakap “untung aku dah derma!!!”. Tak baik macam tu kan.

Kalau kita mudahkan kerja orang lain, Insya-Allah suatu hari nanti Allah mudahkan kerja kita pula. Kita buat baik kat orang, Insya-Allah suatu hari nanti Allah akan balas kebaikan kita. Tak nak ker?

Mengajar Orang Lain Ilmu Kita

Kalau nak Allah tambah ilmu kita, ajarlah semua ilmu kita kat orang lain. Mungkin ada orang kata “Kalau nak berjaya, jangan ajar semua”.  Minta maaflah kalau ada yang tak setuju.

Allah itu Maha Kaya. Sekelip mata jer kalau Allah nak jadikan kita kaya, dengan satu idea bisnes jer pun, kita akan boleh jadi kaya. Kalau Allah nak jadikan kita pandai, dengan sedikit masa saja kita boleh jadi bijak pandai.

Apa yang ada pada kita hari ini, mungkin yang terbaik untuk kita. Yang penting ialah, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri kita sendiri dari semasa kesemasa. Berusaha dan bertawakkal.

Wallahu a’lam.