Berapa OZ baby baru lahir minum susu ibu?

Berapa OZ baby baru lahir minum susu ibu?

breastfeeding-baby

Ramai ibu-ibu baru yang tanya, Berapa OZ baby baru lahir minum susu ibu? Berdasarkan gambar dibawah tu, baby sebenarnya xlah menyusu banyak sangat. Memang Allah tu Maha Pencipta & Maha Mengetahui.

Hari pertama lahir masa tu susu kita baru ada kolostrum, tak sampai 1 sudu besar diperlukan, hari ketiga masa susu dah ada sikit barulah 1oz susu ibu perlukan… sebulan masa susu kita dah stabil barulah baby minum byk…. Allah Maha Besar, Dia tahu segalanya…

Berapa OZ baby baru lahir minum

 Konsep Asas Penyusuan

Konsep asas penyusuan yang perlu difahami ialah;

SUPPLY vs DEMAND = semakin kerap bayi anda menyusu, semakin banyak susu yang akan dihasilkan oleh payudara anda.

3 perkara penting yang perlu diamalkan dengan konsisten oleh ibu yang menyusukan bayi:

  1. Kerap menyusukan bayi (on demand). Bagi ibu yang berkerja, disarankan mengepam dengan konsisten setiap 3 jamsehingga payudara benar-benar kosong.
  2. Pengambilan air kosong yang mencukupi setiap hari iaitu tidak kurang 2~3 liter sehari.
  3. Makan makanan yang seimbang. Tidak digalakkan mengamalkan diet yang keterlaluan sepanjang tempoh penyusuan.

Susu ibu diperkaya dengan antibodi untuk melindung bayi daripada penyakit yang tidak terdapat di dalam mana-mana susu formula.

Pengambilan Supplemen

Pengambilan supplemen dsemasa dalam tempoh penyusuan bertujuan untuk memastikan tubuh ibu sentiasa SIHAT, BERTENAGA, CERIA dan secara langsung dapat merangsang penghasilan susu untuk Si Manja. Pengambilan supplemen BUKAN jalan pintas untuk membanyakkan susu ibu.