Bahaya Hydroquinone Pada Kulit Muka

ByRV Master

Bahaya Hydroquinone Pada Kulit Muka

Bahaya Hydroquinone Pada Kulit Muka

RV sharekan artikel dari akbar Utusan Malaysia berkaitan Bahaya Hydroquinone berlebihan kepada kulit. Baca sampai habis yer.


PADA saat ini mungkin ada yang berkata ‘tak kisah, asalkan kulit cantik dan putih, selagi itu aku tetap akan gunakan krim pemutih ini.’ Meskipun sudah mengetahui produk digunakan mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, namun tetap berdegil untuk teruskan penggunaan. Asalkan cantik sanggup berdepan dengan risiko.

Bahaya Hydroquinone Pada Kulit

Namun tahukah anda, pendedahan terhadap hydroquinone untuk tempoh lama berisiko menyebabkan kulit mengalami hiperpigmentasi. Dalam keadaan tertentu, tahap hiperpigmentasi itu menjadi lebih teruk sehingga mengakibatkan kulit bertukar warna biru kehitaman yang dikenali sebagai ochronosis.

Ochronosis merupakan masalah kulit yang jarang berlaku, namun apabila terjadi pada kulit wajah atau tubuh badan, maka tiada lagi rawatan boleh memulihkannya.

Menurut Pakar Perunding Dermatologi Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azura Mohd. Affandi, walaupun kes penghidap ochronosis ini masih rendah di negara ini, namun dalam jangka panjang, penggunaan hydroquinone mampu mencetuskan komplikasi itu kepada kulit pemakai produk pemutih yang tidak terjamin keselamatannya.

“Tidak dinafikan hydroquinone merupakan bahan pemutih yang berkesan mencerahkan kulit wajah, melambatkan pengeluaran enzim tyrosinase dan mengurangkan pembentukan melanin. Namun jika digunakan tanpa pemantauan atau preskripsi doktor, ia boleh mendatangkan kesan mudarat pada kulit.

“Penggunaan hydroquinone dalam jangka masa pendek boleh menimbulkan reaksi kegatalan, kemerahan dan mengelupas pada kulit.“Kesan penggunaan dalam jangka panjang pula berisiko menyebabkan kulit menghadapi masalah ochronosis. Apabila terjadi masalah ini, apa jua rawatan sekali pun memang tidak berkesan untuk memulihkannya termasuklah kaedah laser. Sebab itu, kita kena elakkan sebelum masalah timbul,” katanya.

Penggunaan hydroquinone juga boleh menghalang proses pigmentasi, sekali gus mengurangkan perlindungan ke atas kulit daripada pancaran ultra ungu dan sinaran matahari berlebihan yang berpotensi mendapat kanser kulit.

Sekiranya digunakan dalam dos tinggi, ia turut berisiko menyebabkan kesesakan nafas dan serangan lelah.“Begitu juga dengan tretinoin. Kesan penggunaanya boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan, kering dan mengelupas.

“Justeru, kedua-dua bahan kimia itu tidak dibenarkan dan disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam sebarang sediaan kosmetik. Hydroquinone dan tretinoin hanya dibenarkan pengambilannya secara preskripsi oleh doktor, katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, dermatitis sentuhan juga merupakan antara kesan sampingan yang berlaku akibat penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai.

“Ramai pengguna produk kosmetik yang datang berjumpa kami (pakar dermatologi) menghadapi dermatitis sentuhan berbanding masalah pigmentasi. Dermatitis sentuhan merupakan keradangan kulit disebabkan alahan terhadap bahan kimia yang disentuh.

“Biasanya gejala perubahan kulit terjadi disebabkan pengguna kosmetik mengalami alahan terhadap kandungan produk seperti pewangi, pengawet, bahan kimia sunscreen, botanikal semula jadi dan bahan penstabil,” katanya.

About the author

RV Master administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.