Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Set Azam Tahun Baru Cara Saya

Jom Set Azam Tahun Baru

Bila tiba jer tahun baru, berbondong-bondonglahlah semua nak set kan azam tahun baru masing-masing. Bukan orang jer ada azam baru tau, syarikat-syarikat pun sama nak letak azam tahun baru jugak. Jom Set Azam Tahun Baru.

azam tahun baru

Tapi macam biasalah, orang-orang kita nie mudah lupa. Sebulan dua jer hangat. Lepas tu haremmm. Mesti ke laut punyer. Kecuali untuk mereka yang mempunyai azam dan plan yang tersusun. Kalau setakat azam jer, umpama berdoa tanpa usaha. Setuju?

Kalau dalam ilmu bisnes,Vision untuk jangkamasa panjang dan Mision untuk jangkamasa pendek. Untuk company2 besar, mungkin vision tu melangkaui 3~4 tahun dan mungkin lebih.

Tapi untuk kita orang persendirian yang baru nak bertatih ni, azam tu bolehlah dianggap sebagai ‘Vision’ untuk tahun ni. Hujung tahun nanti kita review balik. Usaha dan plan setiap bulan tu bolehlah dianggap sebagai ‘Mission’ kita.

 

Macammana ya nak set azam baru ya? Begini caranya.

1. Jangan letak terlalu banyak AZAM. Cukuplah 3 azam yang BESAR.
Contoh: Bulan Oktober 2016, aku nak pergi  UMRAH.

2. Realistik. Setiap azam mestilah realistik dan boleh direalisasikan dalam jangkamasa satu tahun.

3. Setiap azam mesti ada target ‘nombor’.
Contoh: tarikh, jumlah RM (utk yg nak menabung), dan lain-lain.

4. Tuliskan azam anda di atas kertas A4 (lagi besar lagi bagus) dan tampal kat dinding. ATAU tulis dalam ‘home screen’ handphone. Tujuannya adalah supaya anda akan selalu baca dan ingat.

5. Mempunyai Monthly Mission yang jelas. Juga mestilah mempunyai angka. Tulis atas kertas juga. Tiap-tiap bulan kena check progress.

6. Mempunyai plan kewangan yang mantap. Dan mematuhi plan kewangan anda.
(Kena Saving tiap-tiap bulan. No Money No Walk).

7. Reward diri anda sekiranya 1/2 dari perancangan anda telah terlaksana.
(Beli jam baru ker, makan pizza ker).

8. Bercerita tentang azam anda kepada orang yang ‘TERSAYANG’.   Apa yang kita cakap tu kan doa.

9. Beli sesuatu yang akan anda gunakan apabila azam anda tercapai.
Cth: Beli Sport Car Steering (Seriusly saya dh buat, dan saya dapat), Buat passport 6 bulan awal ker (utk mereka yang nak pergi obersee), Beli pintu rumah idaman anda (Untuk mereka yg nak cari rumah).

10. Berdoalah banyak-banyak semoga azam yang kita usahakan dipermudahkan dan mendatangkan kebaikan untuk kita dan keluarga.

Itulah pesanan untuk diri saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.