Ayam Masak Asam Pedas Johor

Ayam Masak Asam Pedas Johor

Selalunya korang makan ikan masak asam pedas jer kan. Hari nie RV nak share resepi Ayam Masak Asam Pedas Johor. Gerenti terangkat punya. Makan ngan cucur ikan bilis pun sedappppp.

Ayam Masak Asam Pedas Johor

Ayam Masak Asam Pedas Johor

BAHAN-BAHAN

Bahan-bahan utama.

Asam Jawa

Bahan-bahan yang dikisar
1 labu besar – bawang besar
3 ulas – bawang putih
1 inchi – halia

1/2 ekor ayam

2 senduk  – cili boh (kalau nak lagi pedas, tambah lagi)
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari ayam

1 senduk minyak masak
1 cawan air

1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar asam jawa (bancuh dengan air)

5 batang bendi
7~8 pucuk daun kesum
1/2 bungkus jeruk kobis (potong kasar).

 

CARA-CARA

1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, tumiskan bahan-bahan yang dah dikisar tadi. Bila tumisan dah naik bau, masukkan jer cili boh, serbuk kunyit, serbuk kari dan kacau rata hingga naik minyak. (Ni cuma petua orang dulu-dulu. Kalau memasak, minyak tu lebihkan sikit supaya masakan lambat basi. Tapi jangan sampai sebotol ko habiskan. Karang marah mak ko nanti.)

Minyak dah naik

2. Bila minyak dah naik, masukkan ayam mak dara. Masukkan air dan gaul rata. Tutup periuk dan tinggalkan sekejap hingga separuh masak. (Nampak tak tu ceker ayam (kaki ayam). Ceker ayam banyak kolagen tau. Tanak sampai lembut. Gerenti mmmmmppphhh.)

3. Masukkan bancuhan asam jawa yang dibuang bijinya. Tambahkan gula, garam sikit dan gaul rata. Tambahkan air jika perlu.

 

4. Masukkan bendi, jeruk kobis. Tinggalkan seminit dua. Supaya bendinya empuk.

5. Last sekali masukkan daun kesum dan gaul rata. SIAP.

 

Inilah resepi Ayam Asam Pedas versi RV. No MSG. Kalorinya berapa , anda kira sendirilah yer. hehehehe. Kalau dah sedap, kalori belakang cerita. Oklah lain kali RV kongsikan resepi lain pulak. Kalau nak tengok resepi-resepi masakan yang lain boleh KLIK SINI.

SELAMAT MENCUBA!!!