Tip Atasi Alahan Mengandung / Morning Sickness

Tip Atasi Alahan Mengandung / Morning Sickness

Morning sickness atau alahan mengandung adalah perkara biasa dan normal. Kesannya adalah berbeza untuk setiap individu. Sesetengah wanita mengalami rasa loya apabila bangun pagi, sementara yang lain mungkin perlu bertahan beberapa minggu atau bulan dengan berasa loya dan hendak muntah sepanjang hari.

Morning sickness boleh menjejaskan anda dari segi fizikal, emosi dan sosial. Kehidupan normal anda akan terjejas kerana anda tidak boleh memenuhi keperluan kerja, bersosial atau menjaga anak-anak anda yang lain.

Itulah yang saya sendiri alami ketika mula mengandungkan anak pertama saya 7 tahun lalu. Badan rasa lemah, tidak larat untuk ke tempat kerja. Adakah anda alami perkara yang sama seperti saya ? 😉

Alahan Mengandung

Teori-teori Kehamilan

Doktor pun masih tak pasti apa sebenarnya yang menyebabkan alahan mengandung / morning sickeness. Tetapi teori yang paling diperkatakan ialah kerana badan wanita yang hamil itu sendiri bertindakbalas terhadap hormon yang terhasil semasa hamil, ‘Human chorionic gonadotropin (hCG)’.

Hormon ini akan terhasil dengan kadar yang tinggi semasa trimester pertama berbanding pada waktu kehamilan yang lain. Dan sebenarnya, alahan mengandung / morning sickness bukan hanya berlaku pada waktu pagi sahaja, tetapi pada bila-bila waktu.

Ada juga kajian dan teori yang menyata bahawa wanita yang mengalami alahan mengandung yang sedikit ataupun langsung tidak ada, mempunyai risiko keguguran yang tinggi. Ini kerana wanita yang keguguran kebiasaannya mempunyai hCG yang rendah.

Dan ada juga teori yang menyatakan bahawa alahan itu sebenarnya adalah cara perlindungan semulajadi wanita hamil daripada unsur-unsur yang berbahaya dan boleh menggangu perkembangan bayi di dalam perut. (Sumber)

Hebatkan teori-teori tentang kehamilan di atas. Tetapi jangan terlalu fanatik dengan teori-teori tersebut. Apa-apapun, yang penting kita hendaklah menjadi pemakanan, kesihatan dan kebersihan sepanjang tempoh kehamilan. Insya-Allah selamat.

 

Jika anda mengalami morning sickness, berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan:

1. Makan kurma & kismis
2. Amalkan sesudu madu setiap pagi
3. Makan biskut kering apabila berasa loya
4. Sediakan limau nipis di sisi. Cium bau limau nipis apabila loya.
5. Elakkan memakan asam terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan perut berasid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.