Apakah Tugas Vitamin C Dalam Kesihatan

Apakah Tugas Vitamin C Dalam Kesihatan

Tahukah anda apa tugas vitamin c dalam badan kita. Jom kita baca kat bawah ni.

Tugas Vitamin C

1) Mengawal Jangkitan

Kebanyakan orang tahu vitamin C diambil untuk mengawal selesema. Walaupun ia boleh membunuh bakteria dan meneutralkan toksin dari bakteria, tapi punca utama kenapa vitamin C boleh mengawal selesema ialah kerana ia meningkatkan pertahanan semulajadi badan.

Hampir kesemua sel dalam sistem imuniti menerima sokongan nutrisi ini tapi yang paling utama ialah interferon, antibodi dan sel darah putih yang memerlukan vitamin C bagi melawan jangkitan.

2) Athma & Elergi

Di dalam Journal of The American Dietetic Association, terdapat laporan di mana pengambilan 1000mg vitamin C boleh bertindak sebagai anti-histamin. Walau bagaimana pun ia bukanlah kesan segera kerana suplemen memperbaiki tisu-tisu badan tidak memberi kesan seperti ubat.

Untuk athma pula, pengambilan vitamin C yang rendah mendatangkan risiko keradangan tisu-tisu paru-paru. Menurut laporan American Journal of Clinical Nutrition, pengambilan 1-2g vitamin C memperbaiki fungsi paru-paru dan mengurangkan serangan athma.

Menurut satu kajian double blind, pengambilan sebanyak itu juga melindungi saluran bronkial daripada cuaca sejuk dan hayfever.

3) Serangan Jantung

Kekurangan vitamin C dalam tisu badan adalah penyebab kepada sakit jantung, menurut satu circulation dalam American Heart Association. Vitamin C berfungsi melindungi lemak darah daripada menjadi plak-plak atherosclerotic yang terkumpul dalam arteri yang menjadi punca kepada masalah ini.

Pengambilan vitamin C mengurangkan LDL dan meningkatkan HDL, serta membina kolagen untuk melindungi darah di jantung dari melekat pada partikel-partikel lain.

4) Stress

Menghadapi stress samada secara fizikal atau emosi memerlukan bekalan vitamin C yang cukup. Kelenjar adrenal memerlukan lebih vitamin C dan ia lebih mudah kehilangannya dalam keadaan stress.

Vitamin C membantu untuk meneutralkan toksin yang dihasilkan oleh hormon kortisol semasa dalam keadaan stress. Menurut Dr Atkins, penyakit schizorphrenia adalah disebabkan oleh kesan dari toksik yang terhasil semasa stress.

5) Gout

Menurut ujian makmal, pengambilan vitamin C dos tinggi boleh mengurangkan asid urik dalam badan.

6) Batu Hempedu

Menurut European Jurnal of Clinical Investigation, pengambilan 2000mg vitamin C setiap hari melambatkan proses pembentukan batu hempedu sebanyak 350%.

7) Masalah Penglihatan

Seperti karetonoids, vitamin C membasahi mata kita dengan perlindungan antioksidan, yang mana menurut US Department of Agriculture’s Human Research Centre, boleh melindungi dari katarak. Vitamin C juga mengurangkan tekanan pada mata, yang mana melindunginya dari glaukoma.

 

Tips Untuk Mendapatkan Khasiat Vitamin C Dengan Lebih Optimum:

  • Dapatkan yang jenis ‘Sustained Released
  • Jangan ambil dos tinggi sekaligus, misalnya jika nak ambil 1000mg, ambil 500mg dulu pada satu2 masa.
  • Ambil bersama makanan (selepas makan) kerana enzim pencernaan membantu meningkatkan kepekatan vitamin C dalam darah.
  • Ambil bersama Iron untuk membantu penyerapan Iron. (iron terdapat dalam Shaklee Vitalea)