Apakah Matlamat Berniaga?

Apakah Matlamat Berniaga?

biar cepat asal selamat

Orang lain jual barang, kita pun nak jual barang. Orang lain buat dropship, kita pun nak buat dropship. Kalau direnungkan, apakah matlamat berniaga? Adakah kita berniaga sekadar untuk mencari duit poket, atau sekadar mencari duit sebab nak beli rumah besar or kereta besar?

Saya buka balik buku2 motivasi berniaga yang dah lama berabuk kat almari, terbaca satu ayat nie,

Sebenarnya ukuran kejayaan bagi sebuah perniagaan bukanlah dengan duit.

Setuju? Tak setuju? Fikir-fikirkanlah. Memang tujuan berniaga untuk mencari duit, tapi apa yang lebih utama ialah  mendidik diri sendiri untuk menjadi usahawan yang berjaya. Menjadi boss kepada perniagaan sendiri. Dan mempunyai hak mutlak untuk membuat keputusan dan hala tuju bisnes yang kita jalankan.

Apakah nilai RM1000 kepada budak yang baru darjah 3 ( macam anak saya). Apakah nilai RM1 juta untuk seorang peniaga jika kita tidak tahu bagaimana nak menggunakannya. Banyak tu RM1 juta. Boleh beli kereta dan rumah mewah. Tapi adakah kejayaan hanya diukur dengan harta benda. Jangan terpedaya, kemewahan yang kita kecapi hari ini, jika tidak pandai menguruskannya, silap haribulan boleh mengejar kita balik di kemudian hari.

Dan satu lagi, dunia-dunia jugak, akhirat jangan dilupakan. Matlamat berniaga juga ialah untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dan ummah. Jangan dilupa ibubapa, adik-beradik dan masyarakat sekeliling.

Kalau orang kata “Biar LAMBAT Asal Selamat”, saya akan kata “Biar CEPAT Asal Selamat”. Kalau orang kata “Biar SIKIT Asal Berkat”, saya akan kata“Biar BANYAK Asal Berkat”.  Bak kata Kak Fel dalam majalah Anis, matlamat hidup kita di dunia ini ialah MATI dalam khusnul khatimah. Dunia dapat, akhirat pun dapat. Aamiin. In sha Allah.