Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Anda Adalah Apa Yang Anda Makan

Diet seimbang – ‘Anda Adalah Apa Yang Anda Makan ialah ungkapan yang sering kita dengar dan baca, namun tidak ramai yang menyedari kebenarannya. Makan merupakan aktiviti harian yang penting dalam kehidupan manusia. Ia membekalkan tenaga untuk memastikan tubuh kita dapat berfungsi dengan baik.

Apa Yang Anda Makan

Selain tenaga, tubuh juga memerlukan nutrien yang mencukupi untuk mengekalkan kelancaran fungsi sistem dalaman, di samping menyokong proses pembaikan dan pertumbuhan yang optimum.

Itulah maksud sebenar ungkapan ini, dan tujuan utama manusia makan dan minum adalah untuk membekalkan nutrien yang amat diperlukan oleh tubuh. Segalanya bermula dengan diet yang sihat dan seimbang.

Kunci untuk memenuhi keperluan nutrien tubuh.

Diet seimbang ialah diet yang menggabungkan kesemua enam kumpulan nutrien utama iaitu protein, lipid, karbohidrat, vitamin, mineral dan air. Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan amalan diet seimbang melalui pengambilan makanan yang menyihatkan termasuk buah-buahan, sayur-sayuran dan daging dalam kuantiti yang disyorkan.

Amalan pemakanan sihat dan seimbang berupaya memanfaatkan tubuh dengan:-
1. Menguatkan sistem imun.
2. Mengawal berat badan.
3. Menggalakkan kesihatan dan pertumbuhan yang sempurna.
4. Melindungi daripada penyakit tidak berjangkit.
5. Meningkatkan kesihatan mental dan emosi.

Disamping mengekalkan diet yang seimbang, bersenam juga juga adalah penting dalam aktiviti seharian. Bersenam tidak semestinya kita kena berlari, memanjat gunung dan sebagainya. Melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh seperti bercucuk tanam, berjalan-jalan di taman juga boleh dikategorikan sebagai senaman.

Amalkan  3 Tip Mudah Menjaga Kesihatan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.