Al-Quran Penyembuh Jiwa - Bhgn 1 | Rahsia Vitamin .Com

Al-Quran Penyembuh Jiwa – Bhgn 1

Al-Quran Penyembuh Jiwa – Bhgn 1

Al-Quran Penyembuh Jiwa

RAMADAN terkenal sebagai bulan al-Quran. Allah SWT telah menentukan al-Quran diturunkan pada bulan ini melalui nas yang dinyatakan pada ayat ke-185 surah al-Baqarah, bulan Ramadan diturunkan padanya al-Quran yang menjadi panduan kepada manusia.

Malam diturunkan al-Quran dimuliakan Allah SWT menyamai dengan 1,000 bulan sebagaimana dalam surah al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud:

 Sesungguhnya Kami turunkan al-Quran pada malam Lailatulqadar. Apakah kamu tahu apa itu malam Lailatulqadar? Lailat al-Qadr lebih baik daripada 1,000 bulan. 

Al-Quran adalah kitab terbaik berbanding dengan kitab samawi yang lain kerana Allah SWT telah membuat pengakuan bahawa Ia sendiri menjaganya.

 Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (al-Hijr: 9)

Kenyataan ini amat benar dan semua orang boleh melihat betapa al-Quran sejak diturunkan tidak boleh diubah, sama ada kurangkan ayat atau penambahan dengan kalimah yang lain. Jika perkara itu berlaku sudah tentu akan ada ulama Islam yang bangkit membetulkannya kembali.

Oleh itu, apa yang ada dalam mushaf pada hari ini adalah ayat-ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Daya tarik al-Quran begitu hebat. Allah SWT nyatakan dalam surah al-Hasyr ayat ke-21 yang bermaksud: Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah terbelah kerana takut kepada Allah SWT.

Melihat kepada tafsirannya ialah jika gunung diberikan akal ia akan menjadi khusyuk dengan arahan yang terdapat dalam kandungan al-Quran dan merasa takut jika ingkar dengan perintah Allah SWT dengan azab seksa yang tersebut dalam al-Quran sehingga jika begitulah kesan al-Quran kepada gunung, iaitu makhluk Allah yang begitu gagah dan tegak memasak bumi boleh pecah dan musnah bagaimana dengan manusia yang sifatnya lemah dan daif berbanding gunung.

Al-Quran Merubah Kehidupan Manusia

Sejarah banyak membuktikan al-Quran telah masuk ke dalam jiwa dan merubah kehidupan manusia. Sebagai contoh apa yang berlaku kepada Umar Ibnu al-Khattab ra. Pada mulanya beliau mencari Nabi Muhammad SAW untuk membunuhnya tetapi setelah diberitahu kepadanya bahawa adiknya Fatimah dan suami telah memeluk Islam dengan lantas beliau mendapatkannya.

Selepas berlaku perbalahan, terjatuh helaian Quran daripada tangan Fatimah, Ibnu al-Khattab ra. Adiknya menghalang Umar memegang helaian tersebut kerana belum beragama Islam. Selepas berwuduk, Umar membacanya iaitu permulaan surah Taha sehingga lima ayat selepasnya dan berkata ini bukan kalam manusia.

Niat Umar ra berubah daripada hendak membunuh Nabi SAW kepada beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Lihatlah betapa al-Quran masuk ke dalam jiwa Umar dan merubah seluruh kehidupannya daripada cara jahiliah kepada kehidupan berlandaskan al-Quran.

Kisah Raja Najasyi yang beragama nasara bersama penditanya meminta Jaafar Ibnu Abi Talib ra membaca ayat al-Quran. Lantas Jaafar membaca permulaan surah Maryam maka bercucuranlah air mata.

Peristiwa tersebut dirakam dalam surah al-Maidah ayat 83 bermaksud: Dan apabila mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan mereka ketahui melalui kitab mereka daripada kebenaran al-Quran sambil mereka berkata wahai Tuhan kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan al-Quran) oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang yang menjadi saksi yang mengakui kebenaran Nabi.

Secara umumnya ramai menerima bahawa suara manusia boleh memberi kesan kepada pendengarnya. Jika suara bernada sedih maka sedihlah pendengarnya. Jika suara bernada gembira maka gembiralah si pendengarnya. Bahasa Arab mempunyai tarikan tersendiri.

Sambung ke bhgn – 2

Artikel: Utusan Online 02 Julai 2015 2:00 PM

RAMADAN
terkenal sebagai bulan al-Quran. Allah SWT telah menentukan al-Quran
diturunkan pada bulan ini melalui nas yang dinyatakan pada ayat ke-185
surah al-Baqarah, bulan Ramadan diturunkan padanya al-Quran yang menjadi
panduan kepada manusia.
Malam diturunkan al-Quran
dimuliakan Allah SWT menyamai dengan 1,000 bulan sebagaimana dalam surah
al-Qadr ayat 1-3 yang bermaksud: Sesungguhnya Kami turunkan al-Quran
pada malam Lailatulqadar. Apakah kamu tahu apa itu malam Lailatulqadar?
Lailat
al-Qadr lebih baik daripada 1,000 bulan. Al-Quran adalah kitab terbaik
berbanding dengan kitab samawi yang lain kerana Allah SWT telah membuat
pengakuan bahawa Ia sendiri menjaganya. Sesungguhnya Kamilah yang
menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.
(al-Hijr: 9)
Kenyataan ini amat benar
dan semua orang boleh melihat betapa al-Quran sejak diturunkan tidak
boleh diubah, sama ada kurangkan ayat atau penambahan dengan kalimah
yang lain. Jika perkara itu berlaku sudah tentu akan ada ulama Islam
yang bangkit membetulkannya kembali.
Oleh itu, apa yang ada dalam mushaf pada hari ini adalah ayat-ayat yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.
Daya
tarik al-Quran begitu hebat. Allah SWT nyatakan dalam surah al-Hasyr
ayat ke-21 yang bermaksud: Jika Kami turunkan al-Quran ini ke atas
sebuah gunung nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah
terbelah kerana takut kepada Allah SWT.
Melihat
kepada tafsirannya ialah jika gunung diberikan akal ia akan menjadi
khusyuk dengan arahan yang terdapat dalam kandungan al-Quran dan merasa
takut jika ingkar dengan perintah Allah SWT dengan azab seksa yang
tersebut dalam al-Quran sehingga jika begitulah kesan al-Quran kepada
gunung, iaitu makhluk Allah yang begitu gagah dan tegak memasak bumi
boleh pecah dan musnah bagaimana dengan manusia yang sifatnya lemah dan
daif berbanding gunung.
Sejarah banyak
membuktikan al-Quran telah masuk ke dalam jiwa dan merubah kehidupan
manusia. Sebagai contoh apa yang berlaku kepada Umar Ibnu al-Khattab ra.
Pada mulanya beliau mencari Nabi Muhammad SAW untuk membunuhnya tetapi
setelah diberitahu kepadanya bahawa adiknya Fatimah dan suami telah
memeluk Islam dengan lantas beliau mendapatkannya.
Selepas
berlaku perbalahan, terjatuh helaian Quran daripada tangan Fatimah,
Ibnu al-Khattab ra. Adiknya menghalang Umar memegang helaian tersebut
kerana belum beragama Islam. Selepas berwuduk, Umar membacanya iaitu
permulaan surah Taha sehingga lima ayat selepasnya dan berkata ini bukan
kalam manusia.
Niat Umar ra berubah
daripada hendak membunuh Nabi SAW kepada beriman kepada Allah SWT dan
Rasul-Nya. Lihatlah betapa al-Quran masuk ke dalam jiwa Umar dan merubah
seluruh kehidupannya daripada cara jahiliah kepada kehidupan
berlandaskan al-Quran.
Kisah Raja
Najasyi yang beragama nasara bersama penditanya meminta Jaafar Ibnu Abi
Talib ra membaca ayat al-Quran. Lantas Jaafar membaca permulaan surah
Maryam maka bercucuranlah air mata.
Peristiwa
tersebut dirakam dalam surah al-Maidah ayat 83 bermaksud: Dan apabila
mereka mendengar al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW
engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan mereka
ketahui melalui kitab mereka daripada kebenaran al-Quran sambil mereka
berkata wahai Tuhan kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan al-Quran)
oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang yang menjadi saksi yang
mengakui kebenaran Nabi.
Secara umumnya
ramai menerima bahawa suara manusia boleh memberi kesan kepada
pendengarnya. Jika suara bernada sedih maka sedihlah pendengarnya. Jika
suara bernada gembira maka gembiralah si pendengarnya. Bahasa Arab
mempunyai tarikan tersendiri.

– See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/al-quran-penawar-1.109718#sthash.UE0smSZH.dpuf

Leave a Reply

*

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.