Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Al-Quran Penyembuh Jiwa – Bhgn 2

Al-Quran Penyembuh Jiwa – Bhgn 2

Al-Quran Penyembuh Jiwa

Kesan Membaca Al-Quran

Satu penyelidikan menyatakan bahawa jika bahasa Arab dialunkan dalam bentuk lagu boleh memberi kesan kepada jiwa ke tahap 30 peratus. Tetapi al-Quran jika dibaca boleh memberi kesan sehingga 70 peratus.

Kajian ini menunjukkan bahawa al-Quran memberi kesan kepada jiwa pendengar dan pembacanya. Pernah berlaku seorang pendakwah Islam membaca beberapa ayat bahasa Arab di hadapan seorang paderi yang tidak mengetahui bahasa al-Quran.

Selepas itu, pendakwah Islam membaca permulaan surah Maryam. Selesai membaca, pendakwah bertanya kepada paderi apa pendapatnya tentang dua potongan ayat yang dibaca.

Amat mengejutkan, paderi berkata adapun bacaan kamu yang pertama (karangan bahasa Arab) ia adalah kalam kamu, tetapi bacaan kamu yang kedua ia bukan kalam kamu kerana hati ku merasa bergetar apabila mendengarnya.

Itulah al-Quran yang Allah SWT sebutkan namanya dengan pelbagai gelaran. Antara namanya ialah al-Kitab sebagai panduan kepada orang yang bertakwa, al-Furqan yang bezakan kebenaran daripada yang batil, al-Nur (cahaya) yang membimbing ke jalan yang lurus, disebut juga ia adalah roh.

Ia sebagaimana dalam ayat 52 surah al-Syura yang bermaksud: Dan demikianlah Kami wahikan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran sebagai Roh (yang menghidupkan hati). Ramai daripada kalangan cerdik pandai barat yang mengkaji al-Quran dan akhirnya mereka mengucap kalimah syahadah.

Dr. Maurice Bukaile mengakui al-Quran menjadi penawar

Perkara ini berlaku kepada Dr. Maurice Bukaile yang mengkaji Mumia Ramsis II. Pada mulanya beliau merasakan penemuaannya tentang kematian Ramsis II, iaitu lemas dalam laut adalah satu hasil yang hebat.

Namun pembantunya memaklumkan bahawa umat Islam mengetahui sebab kematian Ramsis II sejak 1,000 tahun lebih dahulu, berdasar kepada ayat 90, 91 dan 92 surah Yunus. Akhirnya beliau mengakui al-Quran menjadi penawar kepada orang beriman.

Iman mereka bertambah bila dibaca al-Quran Sesungguhnya orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah SWT (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah.

Akhirnya, sama-samalah kita merebut peluang di bulan Ramadan yang mulia ini membaca al-Quran, memahami dan tadabur maksud kandungannya. Semoga al-Quran terus bertakhta di hati kita dan seterusnya menjadi peneman kita di alam kubur dan pemberi syafaat kepada kita di Hari Kemudian.

Artikel: Utusan Online 02 Julai 2015 2:00 PM

02 Julai 2015 2:00 PM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.