Adakah Jual Murah Itu Sedekah Jariah?

Adakah Jual Murah Itu Sedekah Jariah?

Saya terbaca cerita ni di dalam facebook. Yang baik diambil teladan. Yang buruk dijadikan sempadan yer. Tentang orang jual murah ataupun senang cerita jual produk bawah dari harga pasaran. Adakah Jual Murah Itu Sedekah Jariah? Saya bukan orang yang arif untuk membahaskan benda nie.

Adakah Jual Murah Itu Sedekah Jariah

Kalau dari sudut ekonominya, jual murah sebenarnya tak bagus untuk pasaran. Lama kelamaan, semua orang yang jual benda tersebut akan lingkup. Kredibiliti produk pastinya jatuh. Ada korang tengok orang jual beg tangan Coach, MK, atau LV yang original bawah seratus? Kalau ada sy nak beli.

Kalau korang perasan, sesetengah owner produk menghadkan jumlah dealer produknya. Ada jugak yang melarang penjualan secara online. Ada juga yang melarang dealar menjual bawah dari harga yang di tetapkan. Kalau melanggar syarat…. 24 hours terminate. Begitulah cara owner nak jaga pasaran dan keadilan untuk semua pengedar-pengedarnya.

Begitu juga dalam Shaklee. Dulu2 masa zaman kebangkitan, memang Shaklee strict dengan syarat2nya. Cuma semenjak dua menjak ni, pemantauan dan penguatkuasaan dah terlalu longgar. Ramai pengedar yang melanggar peraturan. Mungkin diorang tak terfikir, sebenarnya diorang dah tutup periuk nasi orang lain. Plus menjatuhkan kredibiliti produk. Sedih 24x.

Mungkin diorang pun nak buat sedekah jariah jugak kot. Semoga amal jariah mereka diterima.


“Waah, murahnya kau jual, bro. Kenapa murah sangat?”

“Sedekah jariah, bai. Sambil berniaga sambil dapat pahala.”

“Mana kau dengar jual murah = sedekah jariah?”

“Facebook. Hehe. Viral ooo. Jual murah ni amal jariah.”

“Haish! Bro, kau nak dengar cerita tentang peniaga yang masuk syurga?”

“Eh. Mestilah nak, bai.”

“Gini. Rasulullah kata, peniaga yang jujur dan amanah akan masuk syurga bersama orang-orang yang benar membenarkan agama, orang yang mati syahid dan para nabi *. Kau nampak keyword dia, bro? Jujur dan amanah.”

“Nampak, bai.”

“Jujur dan amanah = murah ke?”

“Tak semestinya, bai.”

“Exactly! Tau pun. Jujur dan amanah tak semestinya jual murah. Kau boleh jual mahal macam bedil, tapi kau kena jujur dan amanah. Ada je orang jual murah tapi tak jujur.”

“Okey, okey. Insaf. Habis tu macam mana aku nak buat amal jariah?”

“Lorh kau ni. Berniaga dengan jujur dan amanah, tu amal soleh la tu. Lesing kang!”

“Oo. Hehe. Maksud aku, nak sedekah sambil berniaga.”

“Kau ada anak bini, kan? Kau nak dengar cerita lagi satu?”

“Nak, bai.”

“Kalau kau ada duit, duit tu kau sedekahkan kepada orang miskin, atau kau gunakan untuk bebaskan hamba, atau kau guna di jalan Allah, atau kau guna untuk keperluan keluarga engkau, yang paling afdhol adalah kau guna keperluan ahli keluarga engkau **.
Kau juallah pada harga biasa, buat untung lebih sikit. Atau kau buat special sikit, cari USP kau, so kau boleh jual mahal. Kau bukan nak berniaga hari ni je kan? Kau nak grow family. Anak-anak nak sekolah. Kau nak grow bisnes. Lagipun kau kata nak beramal jariah. Eh kau faham ke tak faham ni?”

“Faham, bai. Tengah insaf ni bai. Berniaga dengan jujur dan amanah = amal soleh.”

—-
* Diriwayatkan dari Abi Sa’id Al-Khudri
** Diriwayatkan dari Abi Hurairah. Hadis asal guna perkataan ‘dinar’.

p/s: Boleh jadi skrip drama pendek ni. Jadi komik pun ok. Lolz.

p/s/s: Kadang-kadang kita suka beli barang yang dijual terlampau murah. Tanpa kita sedar, kita sedang membantu peniaga tersebut ‘membakar tangan sendiri’. Untung kecil (sebenarnya tiada). Tidak mampu pusing modal. Hilang semangat. Rasa tidak berbaloi dengan usaha.

p/s/s/s: Share tak perlu minta izin.

Sumber: Ashraf Latiff