Shaklee Offer

Adakah anda tidak serasi dengan Shaklee?

Adakah anda tidak serasi dengan Shaklee?

Di samping mereka yang merasai perubahan selepas mengambil supplement natural Shaklee ini, ada juga yang merasakan tiada sebarang kesan terhadap diri mereka. Mereka merasakan seperti tidak serasi dengan Shaklee. Apakah benar bahawa supplement tersebut tidak sesuai dengan tubuh mereka?

tidak serasi dengan Shaklee

Tubuh kita terbina dari pelbagai bahan termasuk vitamin dan mineral. Biasanya kita mendapat bekalan vitamin dan mineral dari pemakanan dan persekitaran, misalnya vitamin C dari buah dan vitamin D dari cahaya matahari.

Namun disebabkan beberapa faktor, kebanyakan vitamin dari sumber tersebut tidak dapat membekalkan keperluan tubuh kita yang secukupnya. Oleh itu kita perlu vitamin.

Vitamin dan mineral Shaklee adalah diperbuat dari sumber semulajadi agar ia dapat dimanfaatkan sebagaimana kita makan buah oren dan berjemur di bawah matahari pagi.

Masih banyak Rahsia Vitamin yang kita tidak tahu.

 

Adakah orang yang tidak serasi dengan vitamin?

Sebenarnya ada 3 jenis golongan yang merasakan mereka tidak serasi dengan Shaklee:

1. Yang mengalami rasa nak demam, pening, rasa nak muntah, apabila mula mengambil supplement.

2. Yang merasakan tiada apa-apa perubahan terhadap dirinya

3. Yang mengalami masalah seperti ruam-ruam, gatal-gatal dan sebagainya.

 

Penerangan:

Golongan (1) adalah mereka yang mengalami healing crisis atau krisis penyembuhan.

Golongan (2) adalah mereka yang menghadapi masalah penyerapan vitamin oleh sebab-sebab tertentu.

Golongan (3) adalah mereka yang alergi pada supplement yang mengandungi herba contohnya alfalfa.