VIVIX - MUSCADINE GRAPE

Mengandungi polifenol dan asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi. Mempunyai 20 kromosom yang boleh dimanfaatkan untuk teknologi perubatan. Mempunyai ciri-ciri yang menghentikan bahan kimia penyebab kanser, antivirus dan anti-bakteria.

FALSAFAH SHAKLEE

Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat DAN terbukti berkesan.

BERSENAM DAN BERSUKAN

Melalui bersukan, badan akan menghasilkan hormon precursor. Hormon ini membantu membawa ketenangan dalam fikiran dan jiwa seseorang setelah melakukan aktiviti fizikal.

SHAKLEE YES Wellness Pack

PROMOSI TERHAD DAN BERBALOI-BALOI!!!. Diskaun 5% daripada "Harga Distributor"
Promosi ini berlangsung dari May 2015 ~ October 2015. Berminat? SMS/WhatApp 019-7200429

MUDAHNYA BISNES SHAKLEE

“Dapat Ebook bergambar yang penuh dengan tip-tip bisnes dan motivasi untuk anda memulakan bisnes Shaklee. Eksklusif hanya untuk ahli yang berdaftar dibawah RV team. Daftar sekarang. ”

Shaklee Skincare and Haircare Product

Shaklee juga mempunyai produk-produk penjagaan kulit dan rambut seperti Nutriwhite, Enfuselle dan Prosante. Produk yang selamat, berkualiti dan berbaloi untuk dicuba.

Shaklee Promo!!!

Monday, August 3, 2015

Doa Mohon Rezeki Halal

Doa Mohon Rezeki Halal

Doa Mohon Rezeki Halal

Sunday, August 2, 2015

Panduan Baca Label Botol Vitamin Shaklee

Panduan Baca Label Botol Vitamin Shaklee

Berikut adalah panduan ringkas tentang supplements dari buku tulisan Dr. Bruce Miller. Agar anda dapat menikmati makanan tambahan (supplements) yang berkualiti dan berbaloi dengan wang yang dibelanjakan.
supplemen

Panduan Baca Label Botol Vitamin

1. Multivitamin

  • Perlu ada 12 vitamin dan 7 galian.

2. B-Complex

  • Perlu ada 8 kumpulan vitamin B untuk mendapat kesan paling baik.
  • Pastikan acid folic dan biotin dibekalkan sekali.

3. Vitamin C

  • Minima 500mg.
  • Bersifat pelepasan masa (sustained release).
  • Membekalkan spektrum bioflavonoid dalam amaun yang mencukupi.
  • Diuji secara klinikal.

4. Vitamin E

  • Pilih yang bersifat semulajadi (d-alfa-tocoferol) ada di tulis pada botol bahagian label. Untuk sumber tiruan atau sumber kimia ("l" atau "dl" dan akan ditulis seperti ini; l-alfa-tocoferol atau dl-alfa-tocoferol).
  • Pilihlah vitamin E yang dibekalkan dengan selenium yang membantu tubuh kita menyerap Vitamin E dengan lebih berkesan.

5. Kalsium

  • Pilihlah supplement kalsium yang ada mengandungi Vitamin D untuk meningkatkan penyerapan kalsium yang sempurna.
  • Magnesium pula menghalang endapan kalsium, mengurangkan formasi berlakunya batu karang di buah pinggang dan pundi kencing. Malah Magnesium juga bersifat laksatif yang membantu melawaskan pembuangan najis.

Panduan Baca Tarikh Luput Vitamin Shaklee

Owh ya! Lagi satu saya nak kongsikan panduan baca tarikh luput (due date) pada label botol vitamin Shaklee.
Format : Month/Day/Year = XX/XX/XX
Contohnya:-
12/01/12 = 01 December 2012
06/23/12 = 23 June 2012
JUN/12/13 = 12 June 2013
 tarikh luput vitamin
Due Date : 20hb Jun 2012

Jadi jangan tersalah baca pulak yer kawan2! (^_^)

Omega-3 Bantu Kurangkan Simptom Ekzema

Omega-3 Bantu Kurangkan Simptom Ekzema

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Ekzema juga 'menyerang' orang dewasa.
Antara kesan Ekzema:
  • kulit kering
  • gatal yang kronik
  • kemerahan
  • merekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah akibat kesan garu
  • bersisik
Ekzema di kalangan kanak-kanak bawah 2 tahun lazimnya terkena di bahagian tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Ada kalanya ekzema merebak hingga ke seluruh badan sehingga menyebabkan kanak-kanak tersebut merengek kerana gatal dan tidak selesa.

Rawatan ekzema

ekzema , eczema


Satu kajian menunjukkan pengambilan 1.8g EPA atau Eicosapentaenoic Acid berupaya mengurangkan simptom ekzema.

Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak Omega-3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

omegaguard

Setiap kapsul Shaklee OmegaGuard mengandungi :-
1. 330mg Omega-3 Fatty acids
2. 180mg EPA
3. 120mg DHA

Omega Guard perlu untuk :
  1. Ibu hamil trimester 2 & 3
  2. Mereka yang ingin kuruskan badan
  3. Mereka yang mengalami sakit sendi
  4. Mereka yang kolesterol tinggi
  5. Mereka yang ada athma
  6. Mereka yang ada stroke
  7. Mereka yang ada darah tinggi
  8. Mereka yang mahu jantung sihat
  9. Mereka yang selalu selsema / batuk
  10. Perkembangan otak kanak-kanak setahun ke atas dan pelajar
dan banyak lagi....

Saturday, August 1, 2015

Perkembangan Otak Kanak-kanak Dan Pemakanan Minda Yang Sihat

Perkembangan Otak Kanak-kanak

Menurut Profesor di Jabatan Psikologi, Universiti Kansas, Amerika Syarikat, Prof. Dr. John Colombo terdapat empat ciri kanak-kanak genius iaitu :
  1. visual penglihatan yang tajam
  2. kemahiran bahasa lebih pantas
  3. perkembangan intelektual lebih tinggi
  4. kemahiran penyelesaian masalah yang lebih baik
Alhamdulillah ! Banyaknya order customer nak proceed hari ini. ^_^

Prof. Dr. John Colombo
berkata, sifat genius kanak-kanak sebenarnya boleh dibentuk. Namun, mereka perlu didedahkan dengan persekitaran dan pemberian nutrisi yang betul.
Pada 1,365 hari pertama dalam hidup seseorang bermula dari dalam rahim ibu sehingga berusia tiga tahun merupakan tempoh penting bagi memupuk perkembangan otak kanak-kanak. Justeru, pendedahan kepada bentuk persekitaran pembelajaran untuk perkembangan mental yang optimum selain pemberian nutrisi yang betul dan mencukupi penting bagi membentuk otak yang genius,” katanya.
Beliau yang juga Pengarah di Institut Pengajian Jangka Hayat Schiefelbusch memberitahu, kajian yang dilakukannya bersama Pusat Perubatan Universiti Kansas itu juga mendapati perkembangan kanak-kanak mempunyai hubung kait dengan kandungan asid dokosaheksanoik (DHA) dalam diri seseorang.

Katanya, DHA merupakan asid lemak omega-3 yang paling banyak terdapat di dalam otak dan retina. Bagaimanapun, DHA tidak dapat dihasilkan oleh badan dan mesti diperoleh daripada sumber pemakanan luar seperti ikan. Kajian klinikal yang dilakukan membuktikan DHA berperanan untuk meningkatkan hubungan neuron dan transmisi maklumat untuk daya ingatan dan pembelajaran yang lebih baik.

Apabila kanak-kanak menerima tahap DHA yang mencukupi, ia sekali gus menjadi pemangkin bagi mengembangkan ciri-ciri genius yang ada pada kanak-kanak tersebut,” katanya.
Justeru, ujar beliau, penelitian yang lebih khusus pada awal tumbesaran kanak-kanak adalah penting kerana pada masa itu jaringan saraf di dalam otak sedang berkembang.
“Struktur akar otak yang menyediakan asas untuk fungsi pada masa hadapan sebahagian besarnya sudah siap dibentuk ketika usia mencecah tiga tahun. Apabila umur itu dicapai, struktur dan bentuk otak sebenarnya sudah mencapai 80 peratus sempurna,” ujarnya.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan pemakanan harian DHA sebanyak 10 miligram hingga 12 miligram (mg) bagi setiap kilogram berat badan kanak-kanak berusia 12 bulan hingga 24 bulan.
Manakala 100mg hingga 150mg bagi kanak-kanak berusia dua tahun ke atas dan 150mg hingga 200mg untuk kanak-kanak berusia empat tahun ke atas.
*sumber

Pemakanan Minda Untuk Perkembangan Otak Yang Sihat

Shaklee turut menyediakan produk yang sesuai untuk merangsang perkembangan otak anak-anak kita agar dapat membesar dengan sihat dan bijak!

Bagi merangsang perkembangan otak anak sejak dari dalam kandungan, ibu hamil digalakkan mengambil OmegaGuard Shaklee sebagai makanan tambahan untuk membekalkan DHA kepada perkembangan otak bayi yang di dalam kandungan.

Ibu-ibu boleh meneruskan pemakanan OmegaGuard selepas bersalin sehingga sepanjang proses penyusuan susuibu sekurang-kurangnya hingga usia anak 2 tahun.

Tips beri makan OmegaGuard kepada anak berusia setahun ke atas

Apabila anak-anak sudah setahun ke atas, ibu-ibu boleh cuba berikan OmegaGuard secara terus kepada anak sebiji satu hari. Jika anak belum pandai mengunyah, boleh picit dan gaulkan bersama makanan anak seperti nasi atau bubur mereka.

Kebiasaannya anak-anak yang mendapat bekalan DHA dari kecil menunjukkan perkembangan minda yang sangat cepat. Kanak-kanak yang belum bersekolah boleh mengambil vitamin berikut sebagai makanan tambahan untuk tumbesaran mereka.

  • OmegaGuard membekalkan DHA yang secukupnya untuk perkembangan otak cerdas
  • Chewable Vit C menguatkan sistem imun badan
  • Meal Shakes membekalkan vitamin dan mineral penting untuk tumbesaran anak
Jika anak yang sudah bersekolah, boleh tambahkan pula:
  • Lecithin yang mengandungi Kolina bagi menguatkan daya ingatan dan memori anak-anak
  • Bcomplex untuk anak lebih fokus dan tidak mengantuk semasa di dalam kelas
Ibu ayah boleh berikan Set Anak Bijak ini supaya anak-anak kita membesar dengan sihat dan dapat menumpukan perhatian sepenuhnya dalam pelajaran di sekolah.


Ebook Asas dan Bimbingan Bisnes Shaklee

Ebook Asas dan Bimbingan Bisnes Shaklee

Alhamdulillah...
Akhirnya terlaksana juga projek untuk menyiapkan ebook EKSKLUSIF untuk rujukan/panduan anak-anak Shaklee kami.

Ebook ini berdasarkan pengalaman selama 5 tahun kami menceburkan diri di dalam bisnes Shaklee dan berjaya memegang title Master Coordinator (tangga teratas). Nantikan kemunculan ebook kami yer anak-anak Shaklee RV.  InSha-Allah memberi manfaat kepada anda semua.


Mudahnya Bisnes Shaklee
~ Fahami Asas Marketing Shaklee ~



Mudahnya Bisnes Shaklee
Ebook ini di datangkan di dalam 2 edisi:
1) Edisi SID Muslim (90 mukasurat) - 
Only for Muslim
2) Edisi Terhad (78 mukasurat) - For General
Ebook ni berwarna-warni. InSha-Allah tak bosan membacanya. Padat dengan panduan asas untuk memulakan bisnes shaklee, teknik-teknik asas dan tip- tip marketing dan motivasi.

Untuk yang berhajat untuk memulakan bisnes shaklee, boleh call kami di 019-7200429 (Yati) atau daftar kat sini kalau malu nak telepon.

Wassalam.

Kalsium-Magnesium Kurangkan Kekejangan Ibu Hamil

Kalsium-Magnesium Kurangkan Kekejangan Ibu Hamil

Sepertimana yang kita sedia maklum, ibu mengandung memerlukan banyak Kalsium sepanjang tempoh kehamilan, untuk keperluan diri sendiri dan tumbesaran bayi dalam kandungan.
high calsium food
Keperluan Kalsium meningkat kepada 1200mg sewaktu mengandung. Walaubagaimanapun, wanita yang tidak boleh mengambil makanan tenusu adalah lebih cenderung mengalami masalah kekurangan kalsium.

Bagi ibu-ibu yang tidak boleh mengambil makanan tenusu samada alahan atau sebagainya, pilihan yang  tepat adalah dengan mengambil suplemen Kalsium sebagai pengganti bagi membekalkan sumber kalsium yang secukupnya. Terutamanya apabila si ibu sudah masuk ke fasa trimester 3 mengandung, di mana pertumbuhan sistem skeletal bayi adalah di waktu kemuncaknya, di mana tulang & gigi bayi sedang membentuk dengan pesat.

Kajian menunjukkan bahawa fetus mengambil 13mg kalsium per jam dari darah si ibu! Bersamaan dengan 250mg - 300 mg kalsium sehari!!!

Selain daripada itu, Kalsium juga membantu sistem peredaran darah, sisitem maskular dan sistem saraf berjalan dengan lancar. Jika tiada jumlah kalsium yang mencukupi di dalam diet harian anda, maka jumlah kalsium yang diperlukan oleh bayi akan diambil secara terus dari tulang anda!


Tanda-tanda Kekurangan Kalsium Semasa Hamil

Gejala paling kerap berlaku terutamanya apabila kandungan memasuki 3rd trimester ialah "cramp" atau kekejangan di bahagian kaki ibu mengandung terutamanya di waktu malam. Malah ada yang beranggapan fenomena ini adalah suatu 'ketidakselesaan normal' bagi ibu mengandung!
Jika anda sering mengalami cramp semasa hamil, cuba periksa pemakanan anda. Adakah menu anda dilengkapi sumber kalsium yang mencukupi?
cramp

Hakikatnya, kekejangan kaki ini boleh dikurangkan, malah dielakkan sekiranya si ibu mengambil jumlah kalsium harian yang mencukupi!

Kalsium dan magnesium bekerja secara sinergi.

➨ Kalsium menggalakkan otot untuk bekerja
➨ Magnesium merehatkan otot. Selain itu, Magnesium juga mengawal & menyeimbangkan insulin dan paras gula di dalam darah, serta membantu penghasilan tulang dan gigi yang kuat.

Kekurangan Kalsium-Magnesium yang melampau sewaktu mengandung boleh menyumbang kepada pre-eclampsia dan masalah sewaktu kelahiran. Jadi, jika anda kurang mengambil produk tenusu dalam diet harian anda, pastikan anda mengambil makanan tambahan Kalsium yang lengkap dengan nisbah Magnesium yang sepatutnya!

Di Shaklee, kami mempunyai suplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin-D dan banyak lagi, yang dikenali sebagai Shaklee OsteMatrix. Vitamin D penting untuk penyerapan kalsium.

AWAS!
Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu karang dalam ginjal atau pundi kencing.
shaklee ostematrix

Sebiji OsteMatrix mengandungi 250mg Kalsium, beserta nisbah Magnesium yang bersesuaian. Jadi, mudah untuk anda mengira berapakah jumlah kalsium (dan magnesium) yang telah anda ambil untuk hari ini! Ianya juga mudah untuk ditelan. Seperti biasa, hubungi kami untuk mendapatkan harga istimewa!

Bagaimana memilih suplemen Kalsium yang baik?

➨ Pilih produk kalsium yang mengandungi Vitamin D dan Magnesium

*Credit GenkiMomma, edited RV.Com

Friday, July 31, 2015

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja Berkesan Untuk Bayi Yang Kuat Menyusu!

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja Berkesan Untuk Bayi Yang Kuat Menyusu!

Cabaran penyusuan bagi seorang ibu yang berkerjaya sememangnya tidak sama seperti seorang ibu surirumah sepenuh masa yang sentiasa bersama dengan anak yang menyusu. Memang mencabar dan memerlukan kesabaran dan hati yang cukup cekal kan. Saya sendiri sangat kagum dengan ibu bekerja yang berjaya menyusukan anak mereka sehingga ke usia 2 tahun.

Cabaran Ibu Menyusu Yang Berkerjaya

  • Perlu konsisten mengepam ketika waktu pejabat untuk memastikan breast menerima rangsangan yang berterusan ketika tidak bersama bayi
  • Perlu membawa beg pam dan kelengkapan mengepam susu ulang alik ke pejabat setiap hari
  • Perlu berjaga tengah malam untuk bangun mengepam susu
Contoh Bag & Kelengkapan Mengepam Susu
Hanya mereka yang benar-benar CEKAL dan SABAR sahaja mampu melakukannya dengan gembira tanpa merungut. Secara jujurnya saya sangat kagum dengan mereka sebab saya tidak pernah melalui pengalaman seperti mereka kerana saya surirumah sepenuh masa sejak sebelum anak pertama saya lahir lagi. Jadi pengalaman saya menyusukan kedua-dua anak saya dari persepsi seorang ibu yang 24/7 sentiasa bersama anak. Breastfeeding on demand sahaja. ^_^

Ok memandangkan sekarang semakin ramai ibu bekerja yang memilih untuk breastfeeding anak mereka, saya terpanggil nak kongsikan Jadual Pam Susu Ibu Bekerja. Saya petik dari blog IbuCergas.com. Barangkali boleh dijadikan panduan untuk bakal-bakal ibu di luar sana kan? ;)

Jadual Pam Susu Ibu Bekerja

Alhamdulillah jadual ini terbukti berkesan boleh meningkatkan kuantiti susu kepada beliau sendiri dengan syarat semua pesanan di bawah dipatuhi. Dengan jadual ini, meskipon anda seorang ibu yang asalnya ada susu sikit, insyaAllah boleh dapat susu yang banyak selepas ini nanti.



Objektif Mengepam Mengikut Jadual

  • Supaya kedua-dua breast mendapat rangsangan yang sekata
  • Supaya kedua-dua breast dapat dipam dan susu dapat disimpan sebagai stok
  • Supaya breast bekerja sama rata untuk mengelakkan berlakunya perbezaan saiz breast akibat "bekerja" tidak sekata.
  • Untuk mengelakkan bayi minum dari sebelah favourite breast sahaja. Akibatnya saiz breast ibu jadi tidak sama besar.
Selain daripada itu, ibu-ibu bolehlah melakukan POWER PUMPING apabila rasa prestasi dan kuantiti susu mula merosot terutamanya apabila:
  • waktu kerja yang agak sibuk menyebabkan jadual pam "lari" atau orang cakap "ke laut". ;)
  • waktu bercuti panjang
  • waktu datang bulan (period/haid)


Cara Buat Power Pumping

Pam selama 1 jam setiap hari (waktu yang sama). Pam di waktu malam dan lakukan pada setiap malam selama 2 minggu.
Selepas 15 minit mengepam
Berhenti 10 minit
Pam lagi 15 minit
Berhenti lagi 10 minit
Pam lagi 15 minit
Berhenti lagi 10 minit
Pam lagi 15 minit
Maka cukuplah 1 jam mengepam.

InsyaAllah cuba amalkan selama 2 minggu setiap malam, jaga waktu makan vitamin, buat dengan istiqamah dan wajib minum air kosong 2-3 liter sehari. (WAJIB !!)


Ibu-ibu tidak perlu berlumba-lumba buat stok siapa paling banyak. Apa yang penting, kita semua dapat menyediakan dan menghasilkan susu secukupnya mengikut keperluan anak masing-masing. Ada bayi yang minum biasa-biasa aje...ada bayi yang kuat betul menyusu. Jadi keperluan bayi berbeza, maka ibu yang ada anak kuat menyusu sudah tentu perlu mengepam dan simpan stok yang lebih berbanding bayi yang minum biasa-biasa kan?


Jadi jangan stress bila tengok stok orang lain bertimbun sedangkan stok kita biasa-biasa aje. Allah jadikan setiap bayi dan tubuh kita tak sama kan..malah keperluan badan juga tidak sama. Bersyukurlah kita diberi peluang untuk menyusukan anak sendiri.

Happy breastfeeding !

Set Menyusu Shaklee Paling Laris

Set Popular Lengkap (Set 3M)
Set Bajet
Anda boleh pilih mengikut keperluan dan bajet anda.

Daftar keahlian anda untuk nikmati potongan harga sehingga 15%-20% seumur hidup.

Tidak perlu bersusah payah 'survey' harga sana sini lagi. Anda boleh buat pembelian menggunakan ID sendiri secara terus melalui online system Shaklee. Mudah kan?

Isi BORANG DAFTAR AHLI SHAKLEE di sini sekarang!