Shaklee Offer

4 Tips Membuat Pembentangan Yang Baik

Saya pernah melalui bila mana nak buat pembentangan kertas kerja, mulalah perut rasa nak memulaslah. Badan jadi seram sejuklah. Macam-macam lagi. Sharing is caring kan. Jadi, secara ringkasnya saya catatkan 4 Tips Membuat Pembentangan Yang Baik yang shaklee ajar kat RV.

Tips  Membuat Pembentangan Yang Baik

 

BELAJAR
• Fahami dengan mendalam mengenai topik penyampaian anda.
• Kongsikan pengalaman peribadi sebagai contoh. Ini termasuklah kejayaan dan kegagalan.

BERSEDIA
• Ketahui latar belakang dan tahap hadirin anda. Hubungkan dengan cerita yang berkaitan dengan mereka.
• Sediakan bahan-bahan untuk aktiviti dan demonstrasi dan dapatkan seseorang untuk membantu anda.

BERLATIH
• Latih penyampaian anda menggunakan Nota Penceramah. Adalah penting untuk berucap dengan penuh semangat dan kepastian.
• Lihat mata-ke-mata dan senyum kepada hadirin anda.
• Sentiasa berikan jawapan yang bersifat positif.

MENGAJAR
• Objektif anda adalah membantu hadirin anda untuk memahami.
• Tanyakan soalan kepada mereka bagi memastikan mereka dapat mengikuti anda.
• Ajarkan seseorang untuk membuat apa yang anda telah pelajari.

Nampak macam senangkan. Sekali dah berdiri depan audiens mulalah terketar-ketar. Tapi first time jer tu. Lama-lama dah biasa, no hal lah. Apa-apa pun kena buat dulu baru tahu. Nak jadi pengedar Shaklee yang berjaya, kena usaha lebih sikit. Practice make perfect kan kan kan. Nak tahu pasal bisnes dan produk shaklee boleh baca kat sini.

Satu lagi, penampilan juga penting yer. Cara penampilan dan pemakaian juga boleh membuatkan anda rasa confident apabila berada di atas pentas. Dah nama pun pengedar produk kesihatan, mestilah muka kena nampak sihat. Kalau layu jer muka tu, rasa-rasa audiens bersemangat tak nak dengar. Silap-silap pandang pun tak mau.

Okeylah, RV doakan anda semua berjaya dan terus berjaya. Selamat mencuba!!!!!