Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

4 Tips BEBAS Hutang Cara Islamik

Bebaskan diri anda dari berhutang

Saya sharekan Tips BEBAS Hutang untuk manfaat semua yer.

BEBAS Hutang

BEBAS Hutang

 

TIP # 1 : Bersyukur

Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan selalu tidak dipedulikan. Saya sendiri tersedar selepas menghadiri satu seminar. Di dalam seminar berkenaan penceramah ada menerangkan tentang pentingnya kita bersyukur. Beliau membacakan sebaris ayat di dalam Al Quran yang bermaksud seperti berikut;

Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu
kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.
Surah Ibrahim : 7

Di dalam ayat berkenaan, Allah SWT telah berfirman, sekiranya kita bersyukur, maka Dia akan tambahkan nikmatNya kepada kita, dan sekiranya kita kufur, maka Dia akan membalas dengan azab yang amat keras.

Pulang Dari Seminar
Setelah pulang daripada seminar berkenaan, saya sentiasa teringatkan kata-kata penceramah berkenaan. Mungkin silap saya kerana tidak mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT.

Alhamdulillah apabila saya mula menulis jurnal kesyukuran, mula melihat dan hanya fokus pada nikmat.. ternyata rezeki saya banyak berubah. Rezeki mula datang mencurah-curah lebih banyak daripada sebelumnya.

Ianya datang dalam pelbagai bentuk. Ada dalam bentuk peluang perniagaan, idea bisnes, peningkatan jualan, kerjasama perniagaan dan bermacam lagi. Segala-galanya sangat menakjubkan dan sukar dijelaskan dengan kata-kata.

TIP # 2 : Memahami Siapakah Pemilik Rezeki

Apa yang berlaku kepada saya mungkin sama seperti yang diterangkan oleh penulis buku Mudahnya Menjemput Rezeki Ustaz Fathuri Salehuddin. Beliau menerangkan bahawa rezeki ini umpama sekumpulan semut.

Sekiranya kita meletakkan gula di satu tempat, maka kumpulan semut pasti akan datang mengerumuninya. Pendek kata sekiranya kita berikan apa yang semut mahu, maka ia akan datang dengan sendirinya.

Begitu juga rezeki, siapakah pemilik rezeki? Jawapannya pasti Allah SWT. Jadi sekiranya kita memberikan apa yang Allah SWT mahu, maka Allah SWT akan mengurniakan rezekiNya tanpa henti.

TIP # 3 :Amalkan Perkara-perkara Yang Membuka Pintu Rezeki

Tahukah anda apa yang Allah SWT mahu? Ya pastinya Allah SWT mahu kita menurut segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya. Justeru marilah kita menunaikan segala perintahNya dan meninggalkan LaranganNya (peringatan untuk diri saya juga).

Sebagai tambahan, cuba amalkan perkara-perkara berikut untuk membuka pintu rezeki seluas-luasnya.

  1. Baca Al Quran dan fahami maknanya
  2. Solat tahajjud, solat dhuha.
  3. Bergaul dengan orang baik-baik dan soleh
  4. Perbanyakkan berpuasa.
  5. Perbanyakkan berzikir.

TIP # 4 :Mintalah Secara Spesifik

Allah SWT itu maha pemurah. Dia akan berikan apa yang kita minta. Di dalam doa A, saya meminta di murahkan rezeki. Alhamdulillah rezeki saya memang murah. Walau bagaimanapun rezeki ini wujud di dalam pelbagai bentuk. Udara yang kita hirup juga adalah rezeki.

Jadi sekiranya saya mahu kaya wang ringgit maka saya saya perlu berdoa dengan lebih spesifik.

Kesilapan saya dahulu adalah meminta sesuatu secara tidak spesifik. Ia umpama saya meminta sesuatu daripada anda tanpa menyatakan apa yang saya mahu. Contohnya saya mahu anda membantu saya, tetapi saya tidak menyatakan bantu dari segi apa.

Ia mungkin bantuan wang ringgit, tenaga, buah fikiran, masa dan sebagainya. Jadi sekiranya anda ingin meminta sesuatu dari Allah SWT, maka mintalah secara spesifik. Insya Allah anda akan dapat apa yang anda minta.

One Response
  1. Duit Banyak 9 months ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.