3 Tips Berniaga Cara Abdul Rahman bin Auf

ByRV Master

3 Tips Berniaga Cara Abdul Rahman bin Auf

3 Tips Berniaga Cara Abdul Rahman bin Auf

RV sharekan 3 Tips Berniaga Cara Abdul Rahman bin Auf. Beliau langsung tidak mengambil keuntungan dengan hasil jualan unta, namun apabila ditanya kepada beliau, beliau menjawab:

Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.

Berniaga Cara Abdul Rahman bin Auf

Dari situlah datangnya keuntungan beliau berniaga. Tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam- macam warna. Jarang orang lain yang berniaga unta dapat menandingi kelebihan beliau berniaga.

3 Tips ringkas strategi Berniaga Cara Abdul Rahman bin Auf  ialah:

  1. Jangan menolak rezeki walaupun sedikit. Adakalanya kita terpaksa menurunkan keuntungan perniagaan kita. Dengan itu, keuntungan masih kita perolehi. Rezeki masih menyebelahi kita walaupun sedikit.
  2. Percepatkan segala urusan jual beli. Percepatkan segala layanan pelanggan. Terbukti dari zaman dahulu sehingga kini, kelajuan dan kepantasan menangani masalah dan pelanggan dalam perniagaan akan memberi pulangan yang tinggi. Pelanggan pula akan suka kepada peniaga sebegini. Dengan memudahkan urusan pelanggan, besar kemungkinan pelanggan akan melanggan buat kali kedua dan seterusnya.
  3. Urus niaga haruslah dijalankan dalam tunai sahaja. Di mana ia akan menguntungkan kedua belah pihak samada pelanggan mahupun peniaga.

Sumber: Majalah Niaga

Apa Yang Normal Bagi Pekerja, TAPI Tak Normal Bagi Peniaga.

Kadangkala, kita tak rasa hidup kita ni agak “terkongkong” sebab kita rasa orang lain pun sama macam kita. Jadi, ianya adalah normal:

  • Hidup penuh dengan loan itu normal sedangkan orang bisnes perlu lebih teliti tentang kewangan, dan minimumkan liabiliti.
  • Hidup tanpa duit simpanan yang cukup itu normal sebab hari esok dirasakan dah terjamin, sedangkan orang bisnes sentiasa memperbanyakkan simpanan sebab hari esok rezekinya belum tentu.
  • Kenaikan pendapatan 5% – 10% setahun itu normal sedangkan bagi orang bisnes, kenaikan 100% – 200% setahun barulah dikira normal.
  • Cuti yang pendek dan terhad itu normal sedangkan orang bisnes boleh pilih tentukan sendiri bila masa dia nak cuti tanpa kebenaran pihak ketiga.
  • Setiap pagi kedua-dua suami isteri hantar anak-anak yang masih mengantuk ke nuseri untuk pergi kerja, balik kerja waktu maghrib baru kutip anak-anak balik rumah, masa anak dah layu untuk tidur malam itu dirasakan normal. Sedangkan orang bisnes, dia boleh sesuaikan waktu bisnes mengikut waktu keluarga, bukan sebaliknya.

Itulah apa yang saya nampak kelebihan orang yang dah ada bisnes sendiri. Dan mungkin sebab itulah orang yang pernah berniaga sendiri jarang sekali sanggup balik kerja makan gaji. Walaupun kerja memang bagus, tapi pada bisnes tu ada lebih fleksibiliti dan KEBEBASAN dalam hidup…

Sumber: mohd.zulkifli.com

About the author

RV Master administrator

Leave a Reply

CommentLuv badge

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.